Feb 10, 2012 with 2 Comment(s)
hai, salamualaikum. so hari nih aku nak menaip lagi apa yang fikiran aku terpikir. pasal apa ? pasal realiti masa kini. yelah sekarang mcm2 benda ada. tapi yang aku nak highlight kan kat entry kali nih pasal "ambil orang punya" apakah ? okay, tadi aku terfikir, and aku buat lah status dekat fb pasal nih, ada lah beberapa orang comment. kalau nak tgk click kat gambar kat bawah.

click untuk tumbesaran sempurna*

okay korang dah nampak ? korang dah paham apa yang aku maksudkan dengan realiti masa kini dalam entry nih ? okay, kalau sesape yang tak dapat baca apa yang aku tulis dekat status fb tuh, meh sini aku taip kat sini.. aku nyata kan dekat status tuh "aku pelik tgk orang orang nih, zaman sekarang nih perempuan berteraburan haha lagi bnyk daripada lelaki, tapi kenapa lah nak jugak direbutkan yang milik orang tuh kan? susah suah"

okay ada betol tak apa yang aku nyata kan tuh ? aku rasa betol kan ? yelah zaman sekarang nih perempuan bukan takda, berlambak lagi. boleh tahan nak pilih, tetapi yang jadi masalahnya sekarang nih, KENAPA. okay kenapa diorang tak pilih perempuan2 yang lain and sebaliknya, naakkk jugak rebut, pilih cuba nak rampas yang sudah berpunya tuh. bukan nya diorang tak tahu. tapi saje jer cari nahas. haha aku pun pelik lah. nak kata takda otak, ada. kalau takda otak, mana mau nye nak tackle2 si gadis kan ? hahaha. pelik pelik. bak kata haikal dalam comment dekat status aku tuh, dia kata "memanglah kalau belum berkahwin/bertunang tu bukan milik kita lagi, tapi at least paham laa. tak yah nak cibai tackle orang punya." haha ada betol jugak kata haikal tuh. ada jugak yang berpendapat bahawa mereka mereka nih memang suka BERKONGSI ? WTH ? mcm nih lah aku bg contoh, kalau lah kau kawen, kau nak ker kongsi bini kau dengan orang lain ? haha aku gerenti 100% akan cakap TAK NAK ! tapi buat jugak, still nak amek orang punya semua, apa kes gila ? haha yang lagi teruk kadang2 tuh dah ada pun awek sendiri, tapi still duk kacau orang lain, still nak kan awek orang. apa kess entah lah. aku pun pening, tak tahu kenapa.

kadang2 aku kesian jugak tgk diorang nih yelah, macam menagih kasih terdesak sangat jer pun. kan ? entah lahh hidup hidup. macam2 perangai, macam2 jenis orang ada. kadang2 benda tuh kalau terjadi kat diri sendiri mesti diorang tak suke, tapi diorang buat jugak dekat orang lain. hidup nih kadang2 kita kene fikir macam nih, kalau lah orang lain buat dekat aku dengan cara bagaimana aku buat sekarang nih, agak agak apa perasaan aku ? fikir jauh lah sikit. kita buat dekat orang lain, tapi tak fikir apa yang orang lain rasa. kalau orang lain buat kat kita baru padan dengan muka kan ? hehe aku bukannya nak marah sesape, aku just terfikir and rasa nak menaip berkongsi apa yang aku fikirkan nih. and its up to you macam mana nak bg jawapan kome.

okay lah, aku rasa cukup tuh je lah kot. ohh ye sebelum aku lupa, aku bukan nak menegur kaum lelaki je, budak pompuan pun same lah, jangan lah melayan sangat kalau dah tau diri tuh dah berpunya ye. lelaki nih dia pantang di layan sikit, mula lah ulat bulu naik daun...apa nak buat nasib badan.... haha ok lah. stakat itu jer kot. maaf lah kalau ada terkasar bahasa, tapi kepada yang terasa padan muka. hahaha takda lah gurau jer.

sehingga berjumpa dilain hari, assalamualaikum. peace no war ! :D