Jan 23, 2016 with 0 Comment(s)
Terhimpunkan pelbagai pengajaran
Menjadi dewasa memandang kehidupan
Dan sekarang, aku belajarkan
Antara dua sisi pilihan;
Melupakan dan menjadikan kenangan
Aku memilih untuk melupakan
Kerana ternyata menyimpan kenangan
Jauh lebih menyakitkan
Yang akan selalu mengingatkan
Pada sesuatu yang menjadi harapan
Aku membenarkan katamu teman;
Ujian perasaan yang diberikan Tuhan
Akan selalu menuntut pengorbanan
Tuhan,
Moga tahun ke hadapannya
Setiap tulisan sedih akan berakhir
Aku menyimpan harapan kisah gembira
Selepas ini akan sentiasa hadir
Ketika satu persatu mereka pergi
Aku belajar mana yang lebih mengerti
- Le' Silhouette (MissAddin)
kalaulah aku kuat untuk melupakan. kalaulah aku tabah untuk melupakan. kalaulah aku boleh untuk melupakan. ingin aku melupakan segalanya yang dipendam sakit, diluah pahit. betul kata Addin. Perasaan itu sebuah ujian yang diberikan Tuhan. yang kadangkala mendatangkan senyuman dan ada kalanya mendatangkan kesedihan. kalaulah setiap tulisan sedih ini akan berakhir dan dapat dilupakan begitu sahaja. sudah banyak aku merasakan saat kehilangan dalam kehidupan ini tetapi semua itu tidak menjadikan hati aku lebih kuat. bilamana ianya berulang kembali, pasti sakit yang mendatang.
Ya Allah, tabahkanlah hati ini, kuatkanlah hati ini, hilangkanlah kesedihan ini. aku hamba-Mu yang lemah lagi tak terdaya.