Jan 12, 2016 with 0 Comment(s)
aku terfikir, bernilaikah segala pengorbanan, wang ringgit, masa usia, tenaga dan segala yang aku korbankan selama ini hanya untuk seorang gadis yang kadangkala membuat diri ini marah, kecewa, sedih, is it worth it ?

kadangkala, hati sendiri berkata: "biarlah, biarlah,dan terus biar" biar diri dan hati ini disakiti, dikecewakan, dilemahkan, biar. tapi sampai bila mahu biar ? sampai bila mahu bersabar ? sampai bila mahu jadikan diri ini sebagai tunggul bodoh yang hanya terpacak tak dipedulikan dan disisihkan. sampai bila..

kadangkala aku kejam. memang kejam. bila marah, lidah umpama mata pedang. setiap butir kata umpama cebisan kaca yang mampu menghiris hatinya. tetapi cukup kejamkah aku jika nak dibandingkan dengan apa yang aku usahakan untuk bertahan sampai ke hari ini ? Zainuddin dalam cerita 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' pernah berkata kepada bekas kekasihnya, Hayati : "ini lah perempuan, dia hanya nampak kekejaman orang lain terhadap dirinya walaupun kecil, tetapi dia tidak nampak akan kekejaman dirinya sendiri terhadap orang lain walaupun kekejaman itu amat besar"

hidup ini bukanlah untuk mencari kesalahan, dan mengukur sebesar mana kekejaman orang lain. tetapi manusia itu pada hakikatnya memang lemah. bilamana seorang wanita yang memberikan harapan terhadap seorang lelaki dan si lelaki memegang pengharapan tinggi kepuncak langit, tetapi suatu masa wanita itu menjatuhkan dia, lantas lelaki itu tidak mampu berdiri jatuh terduduk dan menunduk sehingga air yang mengalir di pipi jatuh ke bumi.

lelaki. manusia yang kuat fizikalnya, tetapi mampu dikalahkan oleh seorang wanita. kelakar. tapi itulah hakikatnya. janganlah engkau berTuhankan wanita, lambat laun, mereka akan mampu menjatuhkan engkau. yakinlah kepada Tuhan yang sebenar benarnya Tuhan Yang Maha Berkuasa. Pasti jodoh itu datang dengan sendirinya. yakin lah. yakin lah. yakin lah.

cukuplah engkau menyiksa diri mu. cukuplah engkau menyiksa batin mu. cukuplah untuk semuanya yang telah engkau lakukan. mungkin ini yang terakhir. tahun ini. aku tidak pasti untuk mengira mahupun tidak 7 Febuari. adakah tarikh ini masih bermakna buat mu. atau ianya hanyalah tinggalan peristiwa semata mata. mungkin ini lah pengakhiran penceritaan kehidupan sebagai seorang pencinta yang menyayangi seorang wanita dan mengorbankan segala apa yang termampu. mungkin setakat ini.

ada jodoh, tertemu jua.

-luahan hati yang sedang berduka.