Jun 30, 2010 with 0 Comment(s)
oh, asalamualaikum. tajuk hari ini adalah gelak . kenapa dengan gelak ? sebab manusia kan suka gelak. tu pun kau tak tahu ? sah bukan manusia. eh cara menaip aku sudah menjadi sebegini. HAHAHA sedap tak baca ? perisa apa ? oren sunquick, fresh oren or limau ? HAHAHA so sambung balik pasal gelak, ada orang kata gelak tak elok untok kesihatan, tapi aku rasa elok je, dapat hilangkan stress yang dialami mungkin ? selepas itu dapat mengurangkan kekusutan fikiran, dapat mengembalikan mood yang telah berlari jauh tanpa tujuan hahaha. mungkin lah kan ? tapi aku tak tahu lah ada juga betolnya bahawa gelak ini tak elok. sebab kalau gelak melampau lampau, itu bukan dari kita tapi dari syaitan ank menantu iblis lakhnatullah. kan ? tak begitu ? *ceh ayat, buat ayat cam gini dalam pekse gerenty A+* ok sambung balik, gelak juga tak baik semasa kita lepas menjahit luka di perut ke atau tempat tempat yang boleh menjadi effect kepada luka tu semasa kita gelak. satu lagi, kita tak akan gelak kalau takde benda yang melucukan, melainkan ada orang main geletek geletek, tapak kaki, ketiak, pinggang dan atas bahu *ye ke ?* haha so kepada si pembuat orang ketawa gelak sampai geli usus perot ni, ingat ingat lah. jangan dah mati orang tuh baru nak berhenti mengusik. HAHA ada ke orang mati sebab gelak ? entah lah. HAHA

ok, kau orang nak tahu bila masa aku nak gelak ? semasa cikgu suroh bangun dan baca kan apa yang ada dalam buku teks tuh. HAHA aku tak tahu kenapa aku tak boleh tahan, rase nak senyum, pastu tergelak. HAHA kekadang tersalah sebut perkataan. itu bukan nya aku sorang je yang gelak, semua lah dgn cikgu cikgu skali gelak. HAHA tadi masa waktu MATH, cikgu wan fadzillah tanya kita orang, macam mana nak dapat kan panjang hypotenuse dalam gambar rajah kat papan putih tu, pastu si farah tetiba je jawab, orang lain tak dan nak bukak mulut lagi, dia kata "guna phatogoghas theoghem" sebutannya pythagoras theorem haha di perakkan perkataan tu. wakaka dengan cikgu cikgu wan skali gelak. HAHA kau buat lawak farah. haish. dia tahu sebenanya nak sebut, tapi saje nak try perok. HAHA ouh jangan biarkan hidup anda diselubungi, kelawakkan.

aku tak biase lah guna bahase tuh =.=" sakit jari menaip tau. HAHA asyik salah je taip nyer. haish, taip macam biasa jelah. tpi kalo aku rajin aku taip mcm tuh lagi ok ? HAHAHA kalo rajin lah *ble lah aku nak rajin* takpe jangan risau, panjang umo lagi insyallah aku akan update lagi. td kan kat skulah kan aku ada ckp nak main sudoku tuh kan ? AKU KALAH! arrghh tak guna =.=" laju giler diorg tuh buad. malas arr tros tarik diri. HAHA lari sebelum berperang tapi kalo dah takde harapan, nak buad macam mana ? hahah xD erm k lah weyh, nak out. baibai
esok pertandingan sudoku. aku masuk. aku dah berlatih tadi. siap lengkap sebijik sebijik jawpan HAHA. so skung nak tdo. byee.

*kemane hilang nyer bahasa melayu aku ? xD

Jun 29, 2010 with 0 Comment(s)
erk, selama ini aku berkarya melepaskan perasaan dalam blog ni kau orang tak faham ke ? laa, kenapa tak cakap awal awal ? kalau tak, dari dulu aku akan menulis gune bahasa macam ni. agak skematic :D tapi, kau orang kan tak paham. aku harap dengan aku menulis macam ini kau orang paham la ye? haha. penat lah menaip cam gini. penat tahu tak ? asyik silap je menaip, bukan silap apa, tapi selalu memendekkan perkataan yang dah sedia maklum lahir lahir dah panjang. nak buad macam mana ? dah terbiasa menaip cam gitu lahh. HAHA eh eh, tak terasa lain ke kalau aku menulis macam ini ? rasa biasa bukan ? *haha* itu agak keterlaluan skemanya. haih.

cuaca hari ini agak baik bukan ? *haha* hanya hujan selama 2jam saja. selepas itu berhenti. cahaya matahari terpancar indah bak lampu sportlight. wahaha. tapi kalau tengok sportlight tak buta, hanya pening pening dah gelap mata saja. kalau pandang matahari, betul betul mata tuh jadi buta. betul buta. eh macam sedap bunyinya ;D kenapa melalut sampai cakap pasal buta ni ? power spec aku belum mencecah angka 1000++ ok ? HAHA kalau dah seribu tu, siap sedialah spec hitam dan tongkat orang buta. eh macam best pula menggunakan bahasa macam ni. ini lah bahasa melayu kita . haha habis selama ini aku post menaip blog menggunakan bahasa apa ? jawa ke ? ouh jawapan anda 100 percent salah. saya orang melayu, bukan melayu kayu, tapi the real melayu xD tade campur campur .

hari ini miss ong begitu baik sekali ;) i like when you like this. haha. pagi tadi dia tak masuk kelas, sebab dia nak ajar pelajar form5 buad folio addmath. huh ? betul lah, addmath pun kena buat folio. dasyat. so masa pagi tadi aku pergi jumpa dia. dia suruh buad sesuatu semasa dia tak masuk ke dalam kelas. dia bagi kertas kosong berukuran berapa hah ? besar sedikit dari kertas A4 ala, A3 kut. hahaha. ada kan kertas A3 ? entah lah, tak tahu menahu tentang kertas kertas ini. dia bagi kertas tuh suruh semua pelajar kelas aku buad mindmap about topic CHEMICAL BOND. chapter 5 right ? haha so kita orang buat lah apa yang disuruh oleh beliau. haha dan hantar. masa nak balik tadi terserempak dengan dia. aku senyum dan dia cakap, thankyou luqman ;D wahaha u're welcome ^^ manis kalau dia senyum, takut bila dia masam. grr ;| mengerikan. haha apa apa pun, perkara last yang aku nak bagi tahu dekat kau orang semua ialah : AKU TAK BERAPA NAK RETI LAH GUNA BAHASA MACAM GINI ! haha geram aku tauu.


p/s : sorry kalau tersalah menggunakan bahasa melayu. HAHAHA saya melayu tapi celop *prasan gila* HAHA xD