Oct 30, 2011 with 0 Comment(s)
ini entry yang terakhir daripada aku. mungkin selepas ini aku tak bukak dah PC nih. kalau bukak pun, selepas SPM insya-Allah.

disini aku nak mintak maaf dekat semua readers yang setia membaca belog aku nih. walaupun tak ramai, tapi still ada, terima kasih bnyk2 dekat korang. aku nak minta maaf atas segala perkataan yang aku taip dalam blog ini kalau ada yang terasa hati, terlekat di hati tuh. aku betol2 mintak maaf, maafkan aku. aku, kau dan mereka, semuanya manusia. manusia biasa tak akan lari dari dosa salah dan silap.

aku harap, korang semua mendoakan kejayaan aku, kejayaan semua orang, dan sentiasalah mengingati apa yang baik yang aku taipkan dalam blog di post2 yang sebelum ini, harap2 semua benda yang aku ckpkan tuh membawa faedah kepada korang semua.

kata2 akhir dari aku :- jangan lupakan senyuman walau ketika kamu berduka, jangan lupakan tuhan walau ketika kamu kaya, dan jangan lupakan kawan walau ketika kamu kegembiraan.

Assalamualaikum,
SPM! you're my enemy ! begin to battle ! WAR !
Oct 25, 2011 with 2 Comment(s)
dulu hanphone aku menjadi bini kedua aku. tapi sekarang aku rasa aku nak ceraikan dia, dan akan merujuk kembali selepas SPM. buat masa sekarang aku nak kalkulator yang jadi bini kedua aku. boleh tak ? haha. kalkulator amat penting sekarang nih bgi aku. untuk math, addmath, pysics, kimia, bio, even bm pun boleh guna kalkulator tau nak kira jumlah perkataan. haha

last2 minute nih, baru terasa nak cuba mencintai subjek2 yang aku amek. dulu sombong pndang sebelah mata je kan ? sorry lah :( dulu kau orang semua tak lawa. sekarang pun tak lawa, tapi aku terpaksa cuba dgn erti kata lain 'paksa' diri aku untuk mencintai korang. takpe, aku sanggup berkorban sikit walaupun pedih. ceh haha macam orang nak bercinta dengan pompuan jer gaya nya. tak tak, aku nak bercinta dgn subjek. aku harap mereka boleh menerima cinta aku. walaupun terpaksa berpoligami sebanyak 9 subjek. haha bnyk tuh ! lebih had yang ditetap kan. tapi takpe, dalam hal darurat nih, semua nih halal. HAHA bnyk lah kau punya darurat.

pesanan untuk bekas isteri kedua ku, haii handphone, kau bnyk melukakan hati aku. mungkin sekarang aku perlu melepaskan mu dulu untuk sebab sebab tertentu. kalau kita ada jodoh lagi, kita rujuk balik lepas spm. kalau dah terlambat nak rujuk, kita buat akad nikah yang baru ok ?

ok itu je, bye.
Oct 21, 2011 with 3 Comment(s)

saya penat . trasa tak berbaloi dgn apa benda yang dikorbankan untuk dapatkan hanya satu benda. saya betol2 penat kali ini. penat jadi Batman. Penat jadi tukang menunggu. penat.. maaf kalau mood saya entah kemana . maaf je yang boleh saya katakan . walau saya tak bersalah, tapi saya suka menyatakan 'maaf' & 'sorry'