Mar 13, 2011 with 8 Comment(s)
hello guys, sorry aku update selang selang hari. haha tak macam dulu, hari2 aku update. biasa lah weh sibuk ja memanjang. aduhh takpa takpa.. meh baca apa yang aku nak merepek untuk entry kali nih. aku sebenarnya baru bgun tidoq ja ni. haha semalam punya lah penat travel balik hari. nak pegi kenduri je pun aduih.. ipoh ke penang jalan jgn cakap lah.. tersekat sekat. huh ramai gila orang. pastu dalam berjalanan nak balik ipoh kereta banyak jugak.. di tambah pula dengan hujan lebat tak nampak jalan. takut pun ada ya lahh macam2 jadi sekarang nih kan ? dekat jepun tuh, tsunami Allahuakhbar.. aku tgk pun haih terasa bergetar jugak lah lutut aku nih. habih bangunan2 rumah2 hancur.. kereta2 dia main tarik lagu tuh je.. sampai kan kapal besar pun tersadai atas jalan raya bayang kan.. lori2 yang besar2 tuh dia tolak relex jer. kalau kita agaknya macam mana ? nauzubillah. ini lah kuasa allah.. mungkin zaman nih dah hampir nak kiamat dah. macam2 terjadi kalau kita tgk.. tsunami dekat jepun tuh pun berlaku pada hari jumaat.. kiamat berlaku pada hari apa ? jumaat jugak kan ? berdoa lah semoga di jauhkan perkara yang tidak diingini seperti tuh..

sapa tgk berita tv 3 semalam ? ehh semalam ker kemarin aku lupa.. buletin utama kan.. yang pembaca berita tuh sedap jer dia cakap "kalau kita lihat video serangan tsunami nih sepatutnya kita perlu insaf dan beringat tentang kekuasaan Allah" tapi kan yang aku nak gelak, dia cakap macam tuh TAPI DIA PUN TAK PAKAI TUDUNG RAMBUT SIAP MERAH LAGI. haha tapi relex jaa dia cakap macam tuh. hadoi manusia manusia.. hanya pndai berkata2 tapi kata tak sama dengan bikin. haha macam lah blogger2 di blog lain yang aku pegi ziarah (NOT ALL). ada jugak yang menceritakan pasal benda nih apa semua kan ? tapi bila tgk si empunya blog tuh Allah.. aku rasa kalau ada baju yang tutup bahagian atas saja dan yang koyak2 menunjukkan tubuh badan, mesti dia pun akan beli dan pakai lepas tuh amek gambar letak dalam tuh fab or blog dia tuh. haha apa laa deyy. aku sebenarnya bukan nak mengatakan yang aku nih alim sangat kan, aku penah jugak mencarut kalau dah tak tahan gila tuh. tapi aku tahu malu lagi dowh.. LELAKI PON TAHU MALU ini kan pulak POMPUAN yang memang terkenal dengan sifat kelembutan, kesopanan dan malunya.. aku bukan kata semua pompuan, tapi yang beragama ISLAM lah (sesetengah).. ehh MELAYU tuh bukan menunjukkan agama tau ? meh aku nak kupas sikit..

ramai orang kalau tanya "awak orang apa ?" ohh saya orang MELAYU ! wahhh MELAYU ! okay fine MELAYU jer ? bangga sangat dengan BANGSA tuh ? wehh kalau aku kan aku tak akan cakap macam tuh bila orang tanya.. aku akan cakap "SAYA ORANG ISLAM" korang nak tahu sebab apa ? bangsa nih dalam Islam Nabi tak pentingkan.. dalam konsep empayar Islam, yang mengikut pentadbiran Islamiah, Nabi tak mengira bangsa, semua orang yang beragama Islam.. adalah kaum dia.. dia tak cakap pun bangsa Arab jer kaum dia.. empayar Islam nih dia menyeluruhh.. tak kira bangsa ka negara mana ka warna kulit apa ka asal kan Islam, semua tuh bersaudara. ok ? sekarang nih FIKIRAN ORANG, asal dengar MELAYU jer mesti Islam. kan ? heyy jangan berkata sebegitu.. ada Orang MELAYU yang tidak mengaku dia orang Islam.. ada jugak orang MELAYU yang di dalam IC dia beragama Islam tapi ada tak nampak ciri2 ke-Islaman dekat diri dia ? dengan pakai skirtnya, dgn pakai baju macam tak cukup kain lah.. ISLAM KER TUH ? no no no ! thats not MUSLIM ! that is MELAYU kategori KAYU ! ada paham ? so tak payah nak bangga sangat dengan BANGSA MELAYU tuh. berbangga lah dengan AGAMA ISLAM. nanti mati pun takdenye Allah nak tanya bangsa2 nih. kan ? so think about that.

kenapa ? ada orang nak marah aku tak ? ada orang nak tengking2 aku ker ? ehh sapa suruh korang baca blog aku ? KALAU TAK NAK BACA....NYAHHHHH KAU DARI SINI. aku tak kesah lah weyyhh aku just nak kata kan pendapat aku mengenai hal ini.. kalau tak boleh terima, hang buad lah pendapat hang sendiri. kata negara MALAYSIA negara BERDEMOKRASI.. so rakyat boleh meluahkan apa apa yang dia rasa ingin luahkan dalam blog nih.. aku bukan nak kata yang aku nih TAK MENGAKU BANGSA MELAYU. tapi aku memang kecewa bila tgk bangsa aku sendiri jadi macam tuh. sebab tuh lah aku malu nak mengaku bangsa melayu. jangan didik minda korang tuh dengan konsep nih "kalau MELAYU mesti ISLAM" haha yee keee Islam ?? hah ? betol ? tepuk dada tanya Iman, Tanya hati, Tanya minda, Tanya diri siapa yang membuatkan supaya korang boleh berdiri ?

aku rasa mesti ramai menganggap aku nih pemusnah bangsa. haha yang korang korang tuh pemusnah BAHASA tak kesah pulak ? BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA kan ? HAHAHAHA !! blahh lahh. aku bukan nak kata aku nih baik daripada orang lain, BAJET GILEWWW MAMAT NIH *bak kata anuarhadi kan ? DOK PIKIR ADA ORANG NAK DENGAR PENDAPAT DIA. so ? ada aku kesah ? ahaha ini ialah sebuah PENDAPAT dan NASIHAT. it's up to you, nak terima ker tak kan ? sorry tertulis entry panjang sikit. :D

p/s : sorry kalau ada yang terasa, dan jugak sorry isu nih melibatkan isu KAUM, atau bangsa. tgk lah apa yang terjadi di negara moden yang lain, sekuat atau sehebat mana pun mansia, tak ada siapa yang dapat menghalang bencana Allah tak kira bangsa pun.

so..sorry skali lagi. hehe aku rasa cukup lah stakat ini. dah pnjang aku rasa mesti ada orang yang tak sanggup nak baca rasa nak muntah baca bnyk2 kan ? jadi Assalamualaikum, slamat hari minggu, dan slamat beramah :D

kata2 untuk kali ini ialah :-
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.