Mar 28, 2011 with 0 Comment(s)
kadang2 manusia boleh membuat sesuatu yang tak pernah dibayangkan dalam imaginasi kita. "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya." begitulah yang di maksudkan oleh aku, aku nak buat sesuatu yang aku rasa aku tak boleh buat. tapi orang kata, yakin akan kemampuan diri boleh melawan apa yang kita fikirkan tak boleh kita lakukan. tetapi, jangan lah OVERCONFIDENT sebab ianya boleh membuatkan seseorang menjadi kalah akan benda yang dia mampu membuatnya.

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah." itu lah yang di perkatakan oleh ahli ahli ilmuan.. kekuatan bukan daripada kemampuan luaran atau fizikal, tetapi kita kena sedar bahawa ianya boleh datang dari semangat yang tidak pernah luntur.. tidak berundur sebelum berperang, tidak mengalah sebelum dikalahkan. "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan Anda akan mencapai yang tertinggi." inilah kata kata yang membuatkan kita akan terfikir bahawa pentingnya daya pemikiran akal kita.. apa yang difikirkan oleh akal, akan meliputi segala perbuatan kita.

aku menyatakan perkara perkara yang berada diatas tuh sebab aku nak menyatakan kepada diri aku dan orang orang sekeliling bahawa kita perlu brani menghadapi cabaran. sebenarnya, esok adalah hari pertandingan perbahasan ala parlimen. aku rasa aku telah memberi tahu kepada korang semua di entry2 aku yang lepas. skulah aku yang akan menjadi tuan rumah. so esok lah pertandingannya..

aku tak pernah memasuki bahas dan tak pernah terfikirpun nak masuk pertandingan pertandingan seperti ini. ye lahh aku memang jarang masuk pertandingan bersifat BM nih, macam pantun, forum, bahas, dan lain lain. aku memang tak pernah masuk pun.. jadi aku memang takut sebab pengetua memberi mandat kepada kami (kumpulan bahas) supaya menang, jangan malukan nama sekolah. memang lah semua orang nak menangkan ? siapa nak kalah ? ermm aku dah berlatih dah.. dibantu oleh cikgu2 yang memang pro jugak lah, tapi aku takut lahh. takut sangat =.=" haih, aku ada cakap dalam entry mengenai penyakit yang aku ada penyakit tangan berpeluh kan ? aku risau itu lah, kalau takut mesti aku berpeluh, sakit perut dan macam2 lahh.. mintak2 lah esok aku boleh. insyallah amin .

aku harapkan doa doa daripada korang semua untuk doakan aku dan ahli kumpulan aku yang lain supaya berjaya . hope aku tak gugup esok. macam nak kawin jer gayanya.. complicated ==" kawin lagi senang aku rasa, SAH ? Sahhhhhh ! haha haih aku tak nak gelak lebih2. nanti lain pulak jadi nya.. tolong eh, doakan aku. bye salamualaikum..

mood : risau x takut x gabra = (berpeluh + sakit perut)²