Mar 5, 2011 with 4 Comment(s)
okay, for this entry, aku nak menyatakan pendapat aku. pendapat apakah ?

okay, korang tahu tak mengenai 'JAGA TEPI KAIN ORANG' dengan 'MENGAMBIL BERAT' ? dan tahukah korang mengenai 'PENTINGKAN DIRI SENDIRI' ? tahuu tak ? alahh tak kan tak penah dengar kan ? kan ? so, hari nih aku nak MEMPERJELASKAN kepada korang korang semua nih yang kot2 lah ada yang still buta semasa hidup. haha ok ! now lets talk about this.

ini pendapat seseorang :-

"rasa2 lebih baik pentingkan jaga tepi kain orang. sekurang kurangnya kita boleh tau masalah orang lain. kalau terlampau pentingkan diri sendiri, takde sape yang suka. nanti kalau tengah susah, orang nak datang tolong pun teragak agak. kadang2, orang nih nampak jer ske amek tau pasal orang lain, tapi tak semua orang same"

dan ini pulak pendapat aku :-

MENJAGA TEPI KAIN ORANG dengan MENGAMBIL BERAT mengenai orang lain adalah dua perkara yang berbeza ok. lets think about this, menjaga tepi kain orang nih dia hanya mengambil tahu hal hal orang yang berkaitan dengan benda yang tak berfaedah dengan erti kata lain, mengenai hal hal KEBURUKKAN orang jer. dan selepas mengetahui sesuatu hal, dia akan MENGUMPAT atau dengan erti kata lain BERGOSSIP dengan kawan2 dia yang lain. lepas tuh mula lah, bercakap sana, bercakap sini kan ? itu lah yang di namakan sebagai MENJAGA TEPI KAIN ORANG. berbeza pula dengan MENGAMBIL BERAT.. mengambil berat nih dia mengenal pasti masalah yang di hadapi oleh orang lain dan selepas dia mengetahui masalah tuh, dia akan cuba membantu menyelesaikan masalah itu. ini lah yang di nama kan sebagai mengambil berat. bukan bercerita bergossip sana sini pasal benda2 tak berfaedah, sebagai contoh "wehh dia tuh dah ada awek baruu" "weh wehh..dia tuh kan, tak reti nak main, tapi perasan bagus gila" bla bla bla ..... enough ! i hate someone like this ! macam sengal, dok sibuk jaga tepi kain orang, tapi kain sendiri terkoyak tak perasan. grr~


ok itu mengenai perbezaan diantara JAGA TEPI KAIN ORANG dengan MENGAMBIL BERAT. yang aku nak katakan selepas ini pula mengenai EGO atau orang kata pentingkan diri sendiri. selalunya LELAKI lah yang menjadi mangsa kerana MEREKA MEREKA (iaitu perempuan) selalu mengatakan bahawa LELAKI INI PENUH DENGAN KE-EGO-AN.

ini pendapat aku :-

hey ! come on lahh wehh.. PENTING KAN DIRI SENDIRI.. aku rasa sikap nih lagi baik daripada sikap MENJAGA TEPI KAIN ORANG tau tak ? ehh cube pikir, kalau korang tak pentingkan diri korang, macam mana korang nak hidup ? macam mana nak selamat dalam hidup ? ye lahh sebab dok penting kan menjaga tepi kain orang sampaikan diri sendiri di sisihkan TIDAK DIPENTINGKAN. wehh diri sendiri pun penting jugak dowhh.. kene jaga jugakk.. jaga diri dulu kalau dah betol2 selamat apa semua, baru ko jaga orang lain. ini diri sendiri pun macam hape jer, ada hati nak jaga tepi kain orang. waterpark ! ego tuh tak semestinya LELAKI sahaja yang ada. tapi ego tuh sebenarnya BUKAN LAH SIKAP PENTINGKAN DIRI SENDIRI. berbeza okay ? ada paham ? macam nih lah senang, ego nih, memang lelaki semua ada. cite skrang, yang penting.. kita kene pndai, tahu bila masa nak menonjolkan ke-ego-an kita tuh, bila masa kita nak merendahkan diri, mengalah dan sebagainya.. bukan setiap masa, even aku nih pun ada orang kata aku ego, tapi aku lebih suka penting kan diri sendiri duluu.. JAGA DIRI DULU, baru jaga orang lain. LAIN KALI KALAU DAH TAK TAHU APA2 JANGAN BAJET NAK SEMBANG MACAM PROFESOR LAHHH~ lagi satu aku nak kata, kalau lah korang2 (iaitu perempuan) mengatakan bahawasanya LELAKI INI PENUH DENGAN KE-EGO-AN... PEREMPUAN PULAK PENUH DENGAN APA ? kebaikan ? kelembutan ? kesopanan ? nak kata baik, ada jer pompuan yang buat jahat.. nak kata lembut, ada je pompuan yang tumbuk lelaki.. nak kata sopan ? ada jer yang mencarut carut dalam blog, fb status dan sebagainya.. hah apa lagi aku nak kata kan ?

di sini konklusinya SETIAP ORANG LAIN PERANGAI dan SIKAP. so jangan lah korang korang nih, nak terus sesedap rasa je mengatakan KESEMUA LELAKI NIH TAK BAIK, EGO, PENTINGKAN DIRI SENDIRI dan sebagai nyaaaa lahhh.. opss tersilap.. dan sebagai nyeewwww~ SESETENGAH ok ? SAVE IT IN YOUR MEMORY. SESETENGAH SAHAJA ! NOT ALL ! sama lah dengan perempuan.. BUKAN SEMUA PEREMPUAN berperangai seperti yang aku nyatakan di atas tuh..hanya SEGELINTIR SAHAJA.

ok, macam nih lah, kalau bergaduh antara kaum lelaki dan perempuan pun tak jadi jugak kan ? merosakkan hubungan antara makhluk ja. so better jaga lah diri masing2.. jangan lah nak jaga tepi kain orang.. mengambil berat itu perlu, tapi faham kan lah betol2 apa yang di maksudkan dengan mengambil berat tuh ok.. kepada lelaki pulak, kawal lah emosi anda.. aku tahu korang kadang2 tak boleh menerima kekalahan kepada perempuan.. tapi kadang2 kita perlu mengakui yang pompuan nih mempunyai kelebihan dia tersendiri.. kita pun kaum lelaki ada kelebihan kita yang tersendiri.. Allah dah bagi sama rata dahh.. semua adil..

so, guys... think poisitive, do what ever you want do but please..think before you do something. ok ! chill ! don't gado gado or if not, i will laga laga lu olang punya kapala.. haha babai~ thanks for read. kalau sesiapa yang tak boleh nak terima pndangan aku, sorry ! ini blog aku, suka lah hati aku okay :) salamualaikum.

jap jap, kata2 untuk entry yang kali ini ialah :

“Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR alHaj