Apr 12, 2011 with 7 Comment(s)
hello, salamualaikum. huhu lama dah tak update. haha baru sehari tak update rasa macam udah lame, sebab dok biasa upodate hari hari kan ? okay. aku tak nak merepek banyak2 haha aku taknak cerita benda yang tak berkaitan dengan tajuk aku untuk hari ini ni. so, mari kita tgk tajuk kita pada hari ini iaitu berbunyi "apabila mata mengantuk" . yaa bila mata dah mengantuk, semua benda tak jadi, sebab apa ? ya laa mata dah mngantuk, dah tuu tidoq laa..

ok ok. aku nak cakap pasal something yang ramai orang buat (aku rasa lah). aku ada buat analisis dekat kawan kawan aku, haha ini soal selidik secara tidak formal lah kiranya. aku bertanya kepada diorang, kenapa, bila kita tanya seseorang yang kita sedang msj tuh, "bila nak tido?" mesti orang yang ditanya tuh akan jawab, "nanti2 lahh, tak ngantuk lagii.." haha walhal, hakikatnya mereka memang sedang mengantuk ! tapi tak nak mengaku ! okay, mesti korang tertanya tanya apa kaitan dengan tajuk hari nih kan ? ok2 meh aku terangkan.. aku nak tanya sikit kat korang, pernah tak korang semasa bermesej tuh, kawan korang yang sedang bermesej dgn korang tuh tiba2 membalas msj korang dengan perkataan yang merepek repek.. seperti contoh :- akt xta wawk 3sikut..

secara tiba tiba ja dia hantar mesej macam tuh.. pernah tak ? kalau tak pernah, meh aku nak ceritakan.. aku dah bnyk kali dah kena benda nih. haha kan kalau mata udah lali, mata kita pejam, tapi disebabkan nak menjawab atau membalas msj orang tuh, kita taip mesej sambil mata tertutup dan mula lah menekan benda benda merepek. hahaha kita ingatkan kita taip betol lah kan, ye lah dah bertahun tahun dok bermesej mesti ingat kedudukan huruf2 dekat handphone korang tuh kan... ? tetapi korang still tak boleh menaip dengan betol.. kenapa ? sebabnya, OTAK ANDA SEDANG INGIN MEREHATKAN MINDA ANDA. haha masa kita lali, kita mengantuk, kita macam tak sedar apa yang kita buat, apa yang kita taip, kan kan ? hahah tuh sebabnya pergi taip mesej merepek repek sampaikan orang yang terima mesej tuh menggaru kepala otak tak paham. haha

benda macam nih banyak kali berlaku kat aku. seperti contoh, benda nih berlaku semalam.. haha okay, cerita dia macam nih. semalam aku bermesej lah dengan seseorang. mesej punya mesej punya mesej, sampai lah pukoi brapa yaa ? tak brapa nak ingat, dalam pukul 1 suku kot. lepas tuh aku tanya dia, tgh buat apa tuh ? dia kata baru lepas cuci muka, segar rasanya, habis ilang rasa ngantuk. haha lepas dia cakap macam tuh, aku pun bagi lah mesej, aku balas balik, aku cakap... "tak pakai night krim malam nih ? HAHA aduhh rasa lapor ler pulok" lepas tuh aku tunggu punya tunggu punya tunggu sampai setengah jam tak balas2.. pastu aku pun ngantuk lah, dengan aku aku skali tertido.. masa bgun pagi td pukol 6. aku check lah phone aku, tgk2 ada msj.. dia balas dalam pukol 2 pagi cam tuh.. aku baca lah kan, tiba2 aku tergelak guling2. HAHAHA aduyaii.. dia taip benda apa ntah lah, bahasa hindustan aku rasa lagi elok daripada bahasa yang dia balas dekat aku tuh. kah kah kah. dia taip apa tau, dia taip "xpguntu 3sukit gndo? wawk lp0h.0d k" HAHAHAHA ! ada sapa2 yang paham tak ? ada tak ? cer translate kejap ! aku perlukan pertolongan anda. haha weh serius aku gelak. nampak sangat dia tgh lali or tgh pejam mata sebab mengantuk barangkali masa dia balas mesej aku tuh. haha macam bahasa orang asli pun ada. terbelit2 lidah aku nak baca. hahaha lepas tuh aku tulis kat satu kertas, aku bawak kat skulah, aku nak suruh kawan aku translate kan, kot2 dia tahu.. tapi, bila dia baca.. dengan dia dia tergelak ! haha bongok jer depa nih.

haih, dekat sini kalau kita lihat.. jangan lah menipu bila bersms. HAHA kalau orang tanya dah ngantuk ker ? jawablah YE, SAYA MENGANTUK..TAPI SAYA NAK MSJ DENGAN AWAK LAGI. hahaha mesti kita akan cakap balik, tak apa lah, awk pegi lah tdo duluu.. nanti esok boleh msj lagi..kan ? ^_^ (gaya orang gatai) HAHAHA. tak lah, apa salahnya kita cakap benda betol kan ? takdenye orang lain nak marah. haha relex lah, nak marah buat pa der ? mak aih tak kan lah nak halang orang nak tdo. woo kekejaman gila. haha fahamilah orang yang anda mesej itu. hahaha pesanan ikhlas dari luqman zulkifli. takda lah, kot ye pun tak nak tinggalkan orang yang kita msj tuh, tak payah lah sampai nak tdo pun tahan.. kan kan ? haha fikirkan lah akibatnya.

okay disini aku bukan nak menyatakan keburukkan orang. just nak cakap bercakap benarkan lebih elok kan ? haha memang lah bagi aku tak salah benda nih, tak buat orang marah pun. buat orang gelak lagi adalah kan ? haha apa lah. jangan bagi aku gelak guling2 bila bgun pagi2 boleh tak. haih, nasib tak keluar bahasa siam.

tak hape lah, aku pun slalu jugak menipu nih. kata tak ngantuk padahal, mata dah pakai subang 1 kg (hiperbola) sebab apa aku buat macam tuh tak tahu lah. tak bermaksud hendak menipu, tapi mungkin dah terbiasa berkata kata benda yang sebaliknya untuk menjaga perasaan orang ? mungkin lah. apa apa pun, jangan lah terkantoi. malu seyh ! HAHAHA segan jer hantar msj bukan2 kat orang. adehh.. ok lah, maaf kepada orang yang berkenaan dalam situasi ini. haha

p/s ! kepada NHCO, sorry menyebarkan msj awak. HAHA
byebye~ salamualaikum.