Apr 10, 2011 with 3 Comment(s)
hai ! salamualaikum.. huh penat nih, balik daripada gath di Gunung Lang yang dianjurkan oleh BLOGGER PERAK atau dikenali sebagai BP yeahh. best laa.. dapat jumpa face to face dengan member2 blogger... ahli ahli BP dan admin nya.. haha. aku pegi ngan abang aku.. pegi sana sembang2.. makan2... tangkap2 gambor fuhh penat tapi best. haha mari lah memberi support kepada blogger PERAK dengan join group BP di facebook. dan like fan page kami tuh ehh..

okay, actually.. aku ada benda lain yang nak di taipkan untuk entry kali ini.. tak ada kene mengene dengan gath tadi pun. just hanya nak berkongsi apa yang otak aku terfikir buat masa sekarang. sementara otak aku nih berjalan dan dikelilingi dengan idea, baik aku update cepat2.. okay entry kali nih bertajuk... 'apabila orang itu, melayan orang lain di hadapan kita' . memang panjang sikit dia punya tajuk. aku tak reti nak pendekkan macam mana.

actually, orang 'itu' yang aku maksudkan ialah orang yang kita sayang.. macam remaja remaja zaman sekarang nih, ornag yang tersayang nih seperti awek, gewey, makwe or pakwe, boyfriend, an sebagainya lah. okay dalam konteks remaja lah, kita berbicara dalam konteks 'remaja', kita nih manusia, ada perasaan sayang, marah, geram, emosi menlonjak macam macam lahh.. kebanyakkannya semasa zaman remajalah kita ada perangai perangai or perasaan sebegini rupa..

baik lah, mari kita berbalik kepada tajuk, apabila orang itu (tersayang) melayan orang lain (laki/pompuan yang lain) di hadapan kita.. kalau setakat bercakap jauh jauh itu tak hape lah kan, no hal. tetapi ini dalam situasi, awek kita nih, or pakwe kita nih, bersembang dengan kawan yang berlainan jantinanya, dengan MESRA sehinggakan kita sendiri di belakangkan. paham tak apa yang aku maksud kan ? okay benda nih tak terjadi kepada aku pun, aku hanya melihat benda yang terjadi kepada kawan aku sahaja. aku tgk kawan aku nih, macam kesian pulak. yelah aku terbayangkan kalaulah aku jadi dia, fuhh agaknya aku balik umah tanpa cakap apa apa kot. sape tak sakit ? orang yang tak serius dengan makwe dia jer yang akan cakap 'aku tak kesah' dan dia tak ambil peduli sama ada awek dia sembang ngan orang lain ker, bermesra dengan orang lain ker dia tak terasa langsung. sebab apa ? sebab dia MAIN MAIN dalam perhubungan . ada jugak orang macam nih, berlambak sekarang nih.. tambah2 yang playboy or playgirl..

kalau korang lah kan, apa yang korang rasa ? aku tgk kawan aku tuh.. mula2 datang dia okay dengan awek dia.. tapi bila lama lama tuh, selepas awek dia bersembang dan bermesra dengan orang lain (lelaki) trus nampak sangat rupe dia, nak senyum pun macam tak ikhlas. haha i can see the way you smile bro. haha tak payah nak nyorok2.. dan apabila awek dia datang nak bercakap sesuatu, kawan aku nih hanya menjawab sepatah jer, tak pun dia menggeleng kan kepala tanpa membuka mulut.. dari situ kita dah dapat lihat yang dia memang terasa apa yang awek dia buat tuh. tapi dia jenis tak suka nak lepas.. dia hanya menunjukkan perasaannya itu melalui perlakuannya sahaja. kesian aku tgk, kalau lah aku jadi kau, tak tahu lah apa yang aku akan buat. haih.. sabor bro sabor ~

masa aku melihat reaksinya itu, aku mengkaji dan terus mengkaji tingkah lakunya, terdetik dalam hati aku, "aku rasa, aku pernah berbuat sedemikian rupa" - monolog dalaman. aku rasa aku pernah TERbuat apa yang awek dia tuh buat kat dia. macam tak hiraukan orang yang kita sayang, dan hanya bercakap melayan kawan kawan yang lain. adakah dia pun rasa bagaimana kawan aku itu rasa ? aku terfikir.. kadang kadang, kita ini akan marah bila orang buat sesuatu benda yang menyakitkan hati kita, tetapi kita tidak sedar yang kita jugak telah membuat sesuatu yang menyakitkan hati orang lain. ini lumrah manusia.. maaf lah, aku baru tersedar bila tgk benda itu berlaku kepada orang lain dihadapan mata aku sendiri.. walaupun bukan kena dekat aku, tapi aku boleh rasa bagaimana dia rasa. sakit2. sabor lah bro~

di sini aku nak cakap bahawa, hidup jangan lah membelakangkan orang lain. jangan juga melebihkan orang lain. kasi sama rata, baru okay. kan ? fikirkan perasaan orang lain lebih bermakna daripada fikirkan perasaan diri sendiri yang boleh menjerumus kepada sifat pentingkan diri sendiri atau dalam bahasa mat salleh disebut sebagai 'selfish' . jangan lah buat orang sakit hati.. hati nih kalau tuan tuan, kakak kakak, abang abang dan adik adik nak tahu, hati nih seperti besi tau. apabila ianya bengkok maka amat sukar hendak kembalikan ke bentuk asalnya kembali. kalau nak kembali kan, kita kene bakor, lebur kan ia, baru bentuk balik. tgk betapa sukarnya kan ?

memang lah, manusia sentiasa membuat kesilapan tanpa disedari telah melukakan hati orang lain dengan secara tidak sengaja. kan kan ? maaf lah kalau ada kesilapan typo or whatever, maaf jugak entry kali ini diklafikasikan sebagai entry "jiwang" maaf skali lagi.

bye, assalamualaikum.