Apr 9, 2011 with 3 Comment(s)
sebelum aku menjawab soalan2 yang di tagged kan, aku nak cakap.. aku sungguh terharu ada ornag sudi tagg kan aku (bluekk) okay, aku tipu. tak terharu pun. har har. okay jum ke sesi soal jawab.

Apakah nickname anda?
- aku ada bnyk nickname, nak tahu semuanya ? yang pertama orang selalu panggil Man disebabkan nama aku Luqman. ada jugak orang panggil aku "orang kunci" sebab aku letak nama aku dulu ikot email aku 'lockman' dan telah diubah suaikan oleh takutake, dia memanggil aku orang kunci. lagi satu orang panggil aku Mey (bahasa kelantan) haha ini family aku yang panggil aku cam gini. nama Man di tukar gaya sebutan kelantan menjadi Mey.

Anda seorang yang...?
- aku seorang yang cukup kering dan tinggi. dan nampak macam tak normal, dah lah tinggi..kering pulak tuh. berat aku 50 dan tinggi aku dalam 178-179. tak seimbang =.=". aku jugak seorang yang periang semasa berchating berbalas komen dalam facebook, atau mesej. tetapi aku seorang yang pemalu penyegan bila face to face (kalau orang tak kenal lah) even awek aku pun yang dulunya adalah kawan baik aku.. aku segan dengan dia. dalam msj okay, kalau depan2 aku tak boleh nak bersembang relex macam sembang dgn dia semasa status kawan dahulu. haha orang kata semakin lama semakin mesra.. aku nih lain, semakin lama, semakin malu dan segan. so berjauhan lah walaupun hakikatnya memang dekat dekat. haha

Insan teristimewa? describekan kenapa dia teristimewa di mata anda.
- aku ada ke insan yang teristimewa ? ohh ya. abah dan umi aku. depa istimewa bagi aku sebab kalau takda depa, macam mana aku nak ada kan ? bersyukurlah seadanya ibu & bapa. dan selepas mereka, orang yang teristimewa ialah gewey aku. gewey tuh awek or makwe lah . haih itu pun tak tahu.. dia nih budak yang teristimewa bukan kerana dia cacat atau OKU yang di panggil kanak2 istimewa.. haha tapi dia nih memang istimewa bagi aku. kalau takda dia, mood aku pun takda, kalau adanya dia, mood aku pun ada. dia baik, cantik, power, otai, rock, garang macam mak orang, dan kadang2 suka membuat kan aku rasa nak menggelenyor dengan dia. HAHA jangan marah ya awok :)

Lagu kesukaan anda?
- aku suka lagu pelik2 dan lagu yang berteknologi tinggi. seperti contoh, black eyed peas punya lagu.. depa punya lagu berteknologi tinggi sebab macam2 bunyi depa boleh buat. bunyi robot ? ada. bunyi elektrik ? ada.. bunyi techno ? ada.. semua ada.. lagu space cowboy aku layan, dan seperti yang kornag boleh dengar, ada lagu naruto dalam blog aku nih. dan aku amat menyukainya :) lagu mat saleh aku layan, lagu mat tak saleh pun aku layan.

Makanan kesukaan anda?
- aku tak tahu apa yang aku suka makan. meratah milo kot ? tak lah..bukan kenyang pun meratah milo. mungkin makanan kegemaran aku roti kosong, kuah banjir kuah kari campur dal kot ? tak pun nasik kerabu biru tak da telur masin :) sedap kalau umi aku buat sendiri, jarang sedap bila beli kat luar. semuanya kedekut ikan dan sambal. ciss ! dan aku tak sukakan KEK, harapmaklum.

Tiga benda yang mesti ada dalam beg anda?
- spray AXE/deodarant brylcreem. ini kerana ketiak aku cepat berpeluh, harapmaklum :)
-bekas pensel aku yang macam beg meletakkan jarum pembedahan segala bagai. haha
-buku nota/diari ? eh sejak bila aku ada diari ? sorry, diari aku adalah blog ini :)

Kali terakhir anda menangis dan kenapa?
- ermm bila yaa ? lama dah kott, beberapa bulan yang lepas, tapi dalam tahun nih.. aku menangis disebabkan ada ada orang yang teristimewa aku kata kat aku macam nih "ishh muka dia nih lagi, takda muka orang lain ker ?" ini kawan dia yang cakap dekat aku. haih benci tgk muka aku disebabkan aku kata kat dia malam tuh yang aku taknak pujuk dia, merajuk lah sampai bila2. har har har apa daaa =.=" tgk betapa aku sayang nya kat kau, sampai kau kata benci tgk muka aku nih, aku boleh nangis ? bodoh kan ? memang mood aku masa tuh mood betina . haha

Nak tag..?
-fakhrul zulkifli
-ohh byha
-hakimah solihah
-syarifah liyana
-milao
-Bsiq Midi
-kak anis aniesa

dan semua follower aku yang setia. nak ? amek jer lah tagg nih. thank you .