Apr 9, 2011 with 4 Comment(s)
hello, assalamualikum semuaa. berjumpa lagi kita di blog ini. huh ! penat sebenarnya nih, baru setengah jam yang lepas aku balik daripada skulah.. bnyk skulah di sekitar ipoh nih bersekolah hari ini untuk menggantikan cuti deepavali kalau tak silap aku. hari ini budak budak lelaki masa berkumpul dekat perhimpunan aku rasa sedikit berbeza.. ramai tak datang barangkali ? mungkin lah. tapi bagus jugak lah depa tak datang, kalau datang pun buat bising ja sampaikan cikgu nak bgi pengumuman pun tak dapat nak dengar dengan baik..

okay, lupe kan mengenai cerita persekolahan hari ini tuh. sekarang mari kita fokuskan kepada tajuk entry aku untuk kali ini yang berbunyi "TERKOYAK?" apa yang terkoyaknya ? apa maksud terkoyak ? okay mari baca apa yang ingin aku taipkan ini. terkoyak selalunya terjadi terhadap benda2 yang lembut, dan nipis seperti kain, kertas dan sebagainya lah kan. terkoyak jugak boleh dikatakan sebagai carik.

aku sebenarnya update mengenai koyak nih sebab aku ada cerita di sebalik koyak tuh. benda nih berlaku bila entah lah, ada kawan aku nih bermain bola dengan memakai seluar hijau sekolah tuh.. main punya main.. tetiba 'praakkk !' terkoyak, luas pulak tuh haha. dekat tang celah kangkang.. dah lah dia pakai seluar yang berbentuk tiga segi ja kat dalam. haha memang nampak lah kan ? dah tuhh dia nak masuk kelas.. macam mana nak masuk, sluar koyak haha kang pompuan tgk perghhh gila woo.. haha pastu dia cakap kat cikgu, takde jarum ker cikgu ? nak jahit seluar. hahaha cikgu pulak kata tuh lah, orang suruh pakai seluar trax dia pegi pakai seluar skulah. hah padan muka. tapi lama lepas tuh dia pegi jahit seluar dekat bengkel menjahit kot.

okay, itu satu pengalaman yang terjadi oleh kawan aku.. ini pulak aku nak ceritakan pengalaman terkoyak yang terjadi kepada diri aku sendiri.. kadang kadang tuh kan, kita tak tersedar yang pakaian yang kita pakai itu terkoyak.. macam hari tuh (aku tak tahu aku dah cerita ka blum, layan jer laaa) okay, masa hari tuh hari jumaat. nak pegi solat jumaat lah nih, siap pakai kain, baju melayu apa semua lah. rilex jer pakai kain pelikat dah kemas2 apa semua.. pastu gerak lah pegi masjid.. duduk dgr khutbah tuh tak sedar lagi.. lepas tuhh solat jumaat.. lepas habih apa semua, abah aku ajak pegi rumah opah tuh.. yang aku nih pun pegi lah ikot.. pegi umah tuh duduk kejap jer, ingat nak pegi amek daun apa entah, tapi opah kata takda, udoh habih katenye. pastu dia bagi cili besor yang merah2 segor lagi tuh, baru petik dari pokok dalam kawasan rumah dia tuh. opah tuh memang suka tanam2 nih. dan tuh masa nak balik, bapak aku bawak aku pegi tesco pulak.. dengan pakai kain kain pelikat apa semua lah pegi, haha otai.. apa aku kesah katanya.. masuk masuk tesco tuh, pegi beli daun apa entah (sayur lahh) dah siap bayor tuh kan, balik lah rumah..

balik2, dah bukak baju melayu apa semua aku mengadap lah pc bukak fb.. lepas tuh aku terasa tak sedap, aku pegang lah bontot aku, terasa something yang lain.. aku pun bangun lah, tgk2 KAIN AKU TERKOYAK DEKAT BONTOT. koyak tuh bukan lah kata koyak besor satu bontot nampak,, koyak sepanjang ibu jari tangan lah, tapi ada dua.. dekat2 jer koyak tuh.. hahakalau tgk kan, memang nampak lah warna segi tiga yang aku pakai kat dalam tuh. cis ! tak guna betol, entah masa bila pulak kain aku reput, terkoyak dua pulak tuh.. nak kata bontot aku tajam, tak da pulak. perghh malu gila babat bila teringat masa pegi berjalan jalan dekat tesco tuh.. pegi umah opah tuh.. hadoihh bangang gila. pastu aku teringat semayang jumaat kat masjid tuh, sah ker ? pastu aku cakap kat bapak aku, dia suruh aku rukuk, sujud, duduk tahiyat akhir.. nak tgk kot2 ternampak ker kan, tapi nasib baik lah aku pakai baju melayu yang labuh.. sekurang kurangnya dia tutup bontot aku kat blakang tuh.. tapi, takkan tak nampak bila berjalan kan ? bukan ke ada angin ? grr . gila memang segan lah, rasa macam dah taknak pegi tesco dah. haha

kalau lah benda benda terkoyak pakaian nih berlaku kat korang, dan masa tuh korang tak sedar, siap pegi berjalan tempat2 orang ramai lagi.. apa perasaan anda bila tahu anda memakai pakaian yang koyak ? erkkk bagi aku, memang MALU lah. ye lah, nanti kita tergolong dalam golongan yang tak cukup benang nak buat baju.. tapi aku tak tahu lah, trend zaman sekarang nih ramai orang suka pakai baju yang tak cukup benang. what the !!? yang lelaki dengan gaya lelakinya dengan trend seluar jeans terkoyak koyak dekat lutut lah, peha lah.. huh ? tak nampak macam orang gila tepi jalan ker ?

aku rasa orang gila lagi okay dari korang, sekurang kurangnya depa ada jugak pakai seluar. haha yang korang nih ? haih tak paham aku. itu yang lelaki, yang perempuan pulak ? lagi lahh.. TER sanaa.... TER sini... tak rasa malu langsung mendedah kan badan dekat orang ramai.. elok2 malaysia ini ramai orang yang boleh di katakan KAYA lah kan, tapi still miskin sebab tak cukup benang nak buat baju bertutup penuh.. kesiannya.. nak aku sedekah ker ? aku boleh jaa.. kain kafan pun boleh, bagi ukuran saiz badan, nanti aku buatkan baju untuk korang :) tgk lah fesyen zaman sekarang...


eh eh.. semalam pun aku post entry mengenai 'MALU' hari nih pun ada unsur2 'MALU' jugak. ye lahh, bagi aku...aku amat malu kalau pakai pakaian yang terkoyak2 dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar.. nampak macam, entah hape hape dowhh.. gila dahh.. fesyen2 zaman sekarang lagi nak menggalakkan orang pakai baju koyak2.. =.='' tak paham aku.. cacat apa ? gilaa tak suka aku. alang alang pakai koyak2 macam orang gila tuh, baik tak yah pakai apa apa kan ? baru dapat pangkat BERANI :) akan di beri darjat kebesaran kerana keberanian anda berbuat sedemikian rupa.. haha aku harap korang terfikir sikit.. sebab apa agama kita melarang pompuan mendedahkan aurat dan suruh menutup aurat (semua badan kecuali tapak tgn dan muka) kenapa ? ada terfikir tak ?

okayy, ada orang membuat kajian kan, kulit perempuan lebih sensitif berbanding kulit lelaki. sebab tuh pompuan kene tutup semua taknak bagi kulit rosak. lagi satu, ini pun salah satu cara nak menghindarkan berlakunya kes kes rogol. ye lahh korang yang pakai baju bukan2, pakai baju pun, macam tak pakai jer.. bak kata pepatah yang di reka oleh aku, "bagaikan memakai baju yang diperbuat daripada plastik lutcahaya" HAHA betol tak ? dari segi zahirnya memang dia memakai baju, tapi hakikatnya dia bertelanjang. haih, fikir2 kan lah.. ada kebaikkannya apa yang Allah suruh tuh.. semua untuk kebaikkan kita..

aku rasa entry kali ini sudah cukup panjang..macam biasa, aku ingin memohon maaf jikalau ada orang orang yang terasa dengan entry aku untuk kali ini, bukan niat nak mengutuk atau mencaci, hanya sebagai nasihat, teguran dan hanya nak menyatakan pandangan aku. jangan marah ye, cepat tue nnti :D maaf sekali lagi kalau ada tersalah taip. babai, assalamualaikum.