Oct 25, 2015 with 0 Comment(s)
Sekali lagi, aku jatuh, terduduk.
Menunduk dan memandang ke hadapan. Kosong.
Dulu aku pernah terasa sebegini.
Perasaan ini sudah lama aku lupakan.
Tetapi ia datang menjengah kembali.
Buat ke sekian kalinya, aku terjatuh.

Hilang ego seorang lelaki.
Hilang perasaan lumrah kehidupan.
Hilang emosi seorang manusia.
Hilang nilai air yang menitis mengalir di pipi.

Aku terasa bagaikan hanyut dibawa arus kehidupan,
Yang mengalir membawa entah kemana.
Aku terasa pandanganku kosong,
Tidak ada nilai pada setiap yang terlihat.
Aku terasa bagai hilang deria dalam diri,
Tidak lapar, tidak suka, tidak sedih, tidak marah.
Di saat ini,
Allah datangkan sesuatu buat diriku.
092 : Jatuh
Hati aku parah.
Mata aku bernanah.
Harapan aku punah.
Aku tersungkur lagi kali ini.
Moga Allah bantu aku bangkit semula.
Kerana Dia tahu apa yang aku mampu tanggung,
dan takat mana aku mampu bangun. 

093 : Sedih
Malam ini aku rasa sunyi tanpa sebab.
Tiada bunyi.
Tiada rasa.
Hatiku denyutnya sendirian.

Seolah hati ini bagai tin kosong,
yang luas jisimnya, tapi kurang isinya.

Aku bingung apa erti rasa ini.
Mungkin Allah beri aku ruang sendiri dan waktu,
untuk aku lebih kenal siapa aku dalam aku.

019 : Penerimaan
Aku tersedar, cara utama untuk teruskan hidup adalah terima.
Aku terima perpisahan aku.
Aku terima dengan hati terbuka.
Aku percaya dengan ketentuan Allah.
Aku banyak lihat diri aku semula.

Mungkin dia bukan milik aku.
Untuk sekarang.
Atau selamanya.

Dan aku percaya satu hal, Allah ada perancangan yang lebih baik.
Aku tersedar lagi dan lagi, Itu akibatnya kalau kau sayang manusia,
Melebihi kau sayang Pencipta.
Itu Akibatnya.

Cinta tanpa tujuan yang betul, itu bukan cinta.
Itu suka.
Dan suka itu jahat dan nakal.
Suka boleh buat kau semakin jauh dengan tuhan.
Ramai yang keliru, antara suka dan cinta.
Dan sedapkan hati dengan mengatakan itu cinta,
apabila manusia mula mempersoalkannya.

Bila kau terlampau takut kehilangan orang yang kau paling sayang,
itu peluang untuk syaitan campur tangan.
Kau kena tahu kepakaran syaitan, dia boleh kacau hati kau.
Dan hati yang kacau, buat kau nampak tiada bezanya dengan dia.

Semoga Allah sentiasa bersama kita. Jaga hati kita. Jaga diri kita. Maaf atas segala salah dan silap yang aku telah lakukan. Maaf atas semua dosa yang aku ciptakan. Maaf atas tingkah dan lakuku yang membuatkan diri hanyut. Terima kasih atas segala nikmat, pengajaran, dan pemberian kepada diri aku selama ini. Aku harap semua ini tak berhenti disini. aku memberi pengharapan. moga ianya bukan harapan palsu. Terima kasih untuk segalanya, terima kasih mengajar aku erti seorang pemuda yang mencari kebahagiaan diri.

**puisi italic dipetik daripada buku Reinkarnasi - Faiz Ibrahim