Mar 13, 2011 with 8 Comment(s)
hello guys, sorry aku update selang selang hari. haha tak macam dulu, hari2 aku update. biasa lah weh sibuk ja memanjang. aduhh takpa takpa.. meh baca apa yang aku nak merepek untuk entry kali nih. aku sebenarnya baru bgun tidoq ja ni. haha semalam punya lah penat travel balik hari. nak pegi kenduri je pun aduih.. ipoh ke penang jalan jgn cakap lah.. tersekat sekat. huh ramai gila orang. pastu dalam berjalanan nak balik ipoh kereta banyak jugak.. di tambah pula dengan hujan lebat tak nampak jalan. takut pun ada ya lahh macam2 jadi sekarang nih kan ? dekat jepun tuh, tsunami Allahuakhbar.. aku tgk pun haih terasa bergetar jugak lah lutut aku nih. habih bangunan2 rumah2 hancur.. kereta2 dia main tarik lagu tuh je.. sampai kan kapal besar pun tersadai atas jalan raya bayang kan.. lori2 yang besar2 tuh dia tolak relex jer. kalau kita agaknya macam mana ? nauzubillah. ini lah kuasa allah.. mungkin zaman nih dah hampir nak kiamat dah. macam2 terjadi kalau kita tgk.. tsunami dekat jepun tuh pun berlaku pada hari jumaat.. kiamat berlaku pada hari apa ? jumaat jugak kan ? berdoa lah semoga di jauhkan perkara yang tidak diingini seperti tuh..

sapa tgk berita tv 3 semalam ? ehh semalam ker kemarin aku lupa.. buletin utama kan.. yang pembaca berita tuh sedap jer dia cakap "kalau kita lihat video serangan tsunami nih sepatutnya kita perlu insaf dan beringat tentang kekuasaan Allah" tapi kan yang aku nak gelak, dia cakap macam tuh TAPI DIA PUN TAK PAKAI TUDUNG RAMBUT SIAP MERAH LAGI. haha tapi relex jaa dia cakap macam tuh. hadoi manusia manusia.. hanya pndai berkata2 tapi kata tak sama dengan bikin. haha macam lah blogger2 di blog lain yang aku pegi ziarah (NOT ALL). ada jugak yang menceritakan pasal benda nih apa semua kan ? tapi bila tgk si empunya blog tuh Allah.. aku rasa kalau ada baju yang tutup bahagian atas saja dan yang koyak2 menunjukkan tubuh badan, mesti dia pun akan beli dan pakai lepas tuh amek gambar letak dalam tuh fab or blog dia tuh. haha apa laa deyy. aku sebenarnya bukan nak mengatakan yang aku nih alim sangat kan, aku penah jugak mencarut kalau dah tak tahan gila tuh. tapi aku tahu malu lagi dowh.. LELAKI PON TAHU MALU ini kan pulak POMPUAN yang memang terkenal dengan sifat kelembutan, kesopanan dan malunya.. aku bukan kata semua pompuan, tapi yang beragama ISLAM lah (sesetengah).. ehh MELAYU tuh bukan menunjukkan agama tau ? meh aku nak kupas sikit..

ramai orang kalau tanya "awak orang apa ?" ohh saya orang MELAYU ! wahhh MELAYU ! okay fine MELAYU jer ? bangga sangat dengan BANGSA tuh ? wehh kalau aku kan aku tak akan cakap macam tuh bila orang tanya.. aku akan cakap "SAYA ORANG ISLAM" korang nak tahu sebab apa ? bangsa nih dalam Islam Nabi tak pentingkan.. dalam konsep empayar Islam, yang mengikut pentadbiran Islamiah, Nabi tak mengira bangsa, semua orang yang beragama Islam.. adalah kaum dia.. dia tak cakap pun bangsa Arab jer kaum dia.. empayar Islam nih dia menyeluruhh.. tak kira bangsa ka negara mana ka warna kulit apa ka asal kan Islam, semua tuh bersaudara. ok ? sekarang nih FIKIRAN ORANG, asal dengar MELAYU jer mesti Islam. kan ? heyy jangan berkata sebegitu.. ada Orang MELAYU yang tidak mengaku dia orang Islam.. ada jugak orang MELAYU yang di dalam IC dia beragama Islam tapi ada tak nampak ciri2 ke-Islaman dekat diri dia ? dengan pakai skirtnya, dgn pakai baju macam tak cukup kain lah.. ISLAM KER TUH ? no no no ! thats not MUSLIM ! that is MELAYU kategori KAYU ! ada paham ? so tak payah nak bangga sangat dengan BANGSA MELAYU tuh. berbangga lah dengan AGAMA ISLAM. nanti mati pun takdenye Allah nak tanya bangsa2 nih. kan ? so think about that.

kenapa ? ada orang nak marah aku tak ? ada orang nak tengking2 aku ker ? ehh sapa suruh korang baca blog aku ? KALAU TAK NAK BACA....NYAHHHHH KAU DARI SINI. aku tak kesah lah weyyhh aku just nak kata kan pendapat aku mengenai hal ini.. kalau tak boleh terima, hang buad lah pendapat hang sendiri. kata negara MALAYSIA negara BERDEMOKRASI.. so rakyat boleh meluahkan apa apa yang dia rasa ingin luahkan dalam blog nih.. aku bukan nak kata yang aku nih TAK MENGAKU BANGSA MELAYU. tapi aku memang kecewa bila tgk bangsa aku sendiri jadi macam tuh. sebab tuh lah aku malu nak mengaku bangsa melayu. jangan didik minda korang tuh dengan konsep nih "kalau MELAYU mesti ISLAM" haha yee keee Islam ?? hah ? betol ? tepuk dada tanya Iman, Tanya hati, Tanya minda, Tanya diri siapa yang membuatkan supaya korang boleh berdiri ?

aku rasa mesti ramai menganggap aku nih pemusnah bangsa. haha yang korang korang tuh pemusnah BAHASA tak kesah pulak ? BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA kan ? HAHAHAHA !! blahh lahh. aku bukan nak kata aku nih baik daripada orang lain, BAJET GILEWWW MAMAT NIH *bak kata anuarhadi kan ? DOK PIKIR ADA ORANG NAK DENGAR PENDAPAT DIA. so ? ada aku kesah ? ahaha ini ialah sebuah PENDAPAT dan NASIHAT. it's up to you, nak terima ker tak kan ? sorry tertulis entry panjang sikit. :D

p/s : sorry kalau ada yang terasa, dan jugak sorry isu nih melibatkan isu KAUM, atau bangsa. tgk lah apa yang terjadi di negara moden yang lain, sekuat atau sehebat mana pun mansia, tak ada siapa yang dapat menghalang bencana Allah tak kira bangsa pun.

so..sorry skali lagi. hehe aku rasa cukup lah stakat ini. dah pnjang aku rasa mesti ada orang yang tak sanggup nak baca rasa nak muntah baca bnyk2 kan ? jadi Assalamualaikum, slamat hari minggu, dan slamat beramah :D

kata2 untuk kali ini ialah :-
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Mar 10, 2011 with 0 Comment(s)
hello. sorry dah lame tak update blog nih. monitor aku pun dah berdebu. haha baru bukak pc dalam bilik nih, sepanjang peperiksaan dalam minggu nih aku on9 kejap2 jer, itu pun tumpang masa adik aku bukak pc kat luar, aku amek jap pc tuu nak bukak mukabuku.

haih, tgk tajuk tak ? kalau tak tgk, meh aku bg tauu tajuk aku untuk entry kali nih 'dah tamat, tapi belum jumpe penghujung' so what do you think ? haha boleh kupas sikit tak mengenai tajuk nih ? act, yang dah tamat tuh ialah ujian bulanan 1 tapi belum jumpe penghujung tuh bermaksud subjek tambahan, iaitu BIOLOGY haha itu jer yang belum habis =.=" test bio esok . aku rasa chemistry kertas tiga pun esok jugak kowt.. adehh essay ==" memang aku malas betol nak hafal experiment2 tuhh haha. aku memang failed bab2 menghafal nih T_T

haih, tak tahu kenapa aku sekarang mudah sangat terasa penat. dah tua barnagkali nak masuk 17 tahun dah umur aku. tapi hakikatnya aku still 16 tahun ok ? haha belum cukup umur lagii :P korang yang menyambut hari jadi jer yang udoh tuer. haha bercakap pasal harijadi, aku nak ucapkan selamat hari jadi kepada raja monggolia. HAHA udoh tua kau makcik. jaga kulit muka elok2 sat gi keluar kedut2 haha.

so.. apa lagi yang aku nak perkatakan ? dah takde apa2 aku nak cakap. haaa ! jap jap ada satu perkara lagi aku tertinggal.. hari nih hari khamis kan ? esok jumaat. maksudnya ada sehari lagi sebelum cuti sekolah. tapi kan.. hari nih dah ada dua subjek cikgu BAGI KERJA RUMAH FOR HOLIDAY ! ==" belum cuti lagii dah berebut2 bagi kerja. haha banyak lak tuuhh huiiiyyooo yang tak leh tahan keje BAHASA MELAYU lahh.. gila salin karang laporan 10 karang dalam masa seminggu. setiap satu karang tuh dah lahh 300 ++ agak lahh.. aku rasa masa cuti nih, 5 batang pen dakwat cair aku habis.. HAHA chemistry lagi, tapi itu aku tak kesah sangat, latihan sikit jaa.. objektif dengan structure jer.. pastu sejarah lagii buad nota sampai bab 3.. buad latihan objektif dan ada soalan essay T_T

seriously aku benci gila kalau cuti. lebih baik tak cutii ! arghhh sabor jer lahh.. ate tuh lerr.. budok2 zame loni suko sangat cuti cuti.. pah tuu sek dio dok pikir kijo koloh hok cikgu bui mesti banyok. =="

terjemahan : budak2 zaman sekarang suka sangat cuti cuti.. lepas tu depa tak pikir kerja skulah yang cikgu bagi mesti banyak. haha tak paham ? haishh ! macam mana lah nak kawen ngan orang kelate nih kecek bahaso klate pun tak tahuu. HAHA nanti mak mentua reject tauu HAHA

dah dah.. sesapa tak paham tuh, buat2 lah paham. lantak hampa lah apa aku kesah ? HAHA sapa suruh masuk blog aku dok baca kan ? XD sorryyy byeee~

kata2 untuk entry kali ini :

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.." -Saidina Ali
Mar 5, 2011 with 4 Comment(s)
okay, for this entry, aku nak menyatakan pendapat aku. pendapat apakah ?

okay, korang tahu tak mengenai 'JAGA TEPI KAIN ORANG' dengan 'MENGAMBIL BERAT' ? dan tahukah korang mengenai 'PENTINGKAN DIRI SENDIRI' ? tahuu tak ? alahh tak kan tak penah dengar kan ? kan ? so, hari nih aku nak MEMPERJELASKAN kepada korang korang semua nih yang kot2 lah ada yang still buta semasa hidup. haha ok ! now lets talk about this.

ini pendapat seseorang :-

"rasa2 lebih baik pentingkan jaga tepi kain orang. sekurang kurangnya kita boleh tau masalah orang lain. kalau terlampau pentingkan diri sendiri, takde sape yang suka. nanti kalau tengah susah, orang nak datang tolong pun teragak agak. kadang2, orang nih nampak jer ske amek tau pasal orang lain, tapi tak semua orang same"

dan ini pulak pendapat aku :-

MENJAGA TEPI KAIN ORANG dengan MENGAMBIL BERAT mengenai orang lain adalah dua perkara yang berbeza ok. lets think about this, menjaga tepi kain orang nih dia hanya mengambil tahu hal hal orang yang berkaitan dengan benda yang tak berfaedah dengan erti kata lain, mengenai hal hal KEBURUKKAN orang jer. dan selepas mengetahui sesuatu hal, dia akan MENGUMPAT atau dengan erti kata lain BERGOSSIP dengan kawan2 dia yang lain. lepas tuh mula lah, bercakap sana, bercakap sini kan ? itu lah yang di namakan sebagai MENJAGA TEPI KAIN ORANG. berbeza pula dengan MENGAMBIL BERAT.. mengambil berat nih dia mengenal pasti masalah yang di hadapi oleh orang lain dan selepas dia mengetahui masalah tuh, dia akan cuba membantu menyelesaikan masalah itu. ini lah yang di nama kan sebagai mengambil berat. bukan bercerita bergossip sana sini pasal benda2 tak berfaedah, sebagai contoh "wehh dia tuh dah ada awek baruu" "weh wehh..dia tuh kan, tak reti nak main, tapi perasan bagus gila" bla bla bla ..... enough ! i hate someone like this ! macam sengal, dok sibuk jaga tepi kain orang, tapi kain sendiri terkoyak tak perasan. grr~


ok itu mengenai perbezaan diantara JAGA TEPI KAIN ORANG dengan MENGAMBIL BERAT. yang aku nak katakan selepas ini pula mengenai EGO atau orang kata pentingkan diri sendiri. selalunya LELAKI lah yang menjadi mangsa kerana MEREKA MEREKA (iaitu perempuan) selalu mengatakan bahawa LELAKI INI PENUH DENGAN KE-EGO-AN.

ini pendapat aku :-

hey ! come on lahh wehh.. PENTING KAN DIRI SENDIRI.. aku rasa sikap nih lagi baik daripada sikap MENJAGA TEPI KAIN ORANG tau tak ? ehh cube pikir, kalau korang tak pentingkan diri korang, macam mana korang nak hidup ? macam mana nak selamat dalam hidup ? ye lahh sebab dok penting kan menjaga tepi kain orang sampaikan diri sendiri di sisihkan TIDAK DIPENTINGKAN. wehh diri sendiri pun penting jugak dowhh.. kene jaga jugakk.. jaga diri dulu kalau dah betol2 selamat apa semua, baru ko jaga orang lain. ini diri sendiri pun macam hape jer, ada hati nak jaga tepi kain orang. waterpark ! ego tuh tak semestinya LELAKI sahaja yang ada. tapi ego tuh sebenarnya BUKAN LAH SIKAP PENTINGKAN DIRI SENDIRI. berbeza okay ? ada paham ? macam nih lah senang, ego nih, memang lelaki semua ada. cite skrang, yang penting.. kita kene pndai, tahu bila masa nak menonjolkan ke-ego-an kita tuh, bila masa kita nak merendahkan diri, mengalah dan sebagainya.. bukan setiap masa, even aku nih pun ada orang kata aku ego, tapi aku lebih suka penting kan diri sendiri duluu.. JAGA DIRI DULU, baru jaga orang lain. LAIN KALI KALAU DAH TAK TAHU APA2 JANGAN BAJET NAK SEMBANG MACAM PROFESOR LAHHH~ lagi satu aku nak kata, kalau lah korang2 (iaitu perempuan) mengatakan bahawasanya LELAKI INI PENUH DENGAN KE-EGO-AN... PEREMPUAN PULAK PENUH DENGAN APA ? kebaikan ? kelembutan ? kesopanan ? nak kata baik, ada jer pompuan yang buat jahat.. nak kata lembut, ada je pompuan yang tumbuk lelaki.. nak kata sopan ? ada jer yang mencarut carut dalam blog, fb status dan sebagainya.. hah apa lagi aku nak kata kan ?

di sini konklusinya SETIAP ORANG LAIN PERANGAI dan SIKAP. so jangan lah korang korang nih, nak terus sesedap rasa je mengatakan KESEMUA LELAKI NIH TAK BAIK, EGO, PENTINGKAN DIRI SENDIRI dan sebagai nyaaaa lahhh.. opss tersilap.. dan sebagai nyeewwww~ SESETENGAH ok ? SAVE IT IN YOUR MEMORY. SESETENGAH SAHAJA ! NOT ALL ! sama lah dengan perempuan.. BUKAN SEMUA PEREMPUAN berperangai seperti yang aku nyatakan di atas tuh..hanya SEGELINTIR SAHAJA.

ok, macam nih lah, kalau bergaduh antara kaum lelaki dan perempuan pun tak jadi jugak kan ? merosakkan hubungan antara makhluk ja. so better jaga lah diri masing2.. jangan lah nak jaga tepi kain orang.. mengambil berat itu perlu, tapi faham kan lah betol2 apa yang di maksudkan dengan mengambil berat tuh ok.. kepada lelaki pulak, kawal lah emosi anda.. aku tahu korang kadang2 tak boleh menerima kekalahan kepada perempuan.. tapi kadang2 kita perlu mengakui yang pompuan nih mempunyai kelebihan dia tersendiri.. kita pun kaum lelaki ada kelebihan kita yang tersendiri.. Allah dah bagi sama rata dahh.. semua adil..

so, guys... think poisitive, do what ever you want do but please..think before you do something. ok ! chill ! don't gado gado or if not, i will laga laga lu olang punya kapala.. haha babai~ thanks for read. kalau sesiapa yang tak boleh nak terima pndangan aku, sorry ! ini blog aku, suka lah hati aku okay :) salamualaikum.

jap jap, kata2 untuk entry yang kali ini ialah :

“Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR alHaj