Mar 20, 2011 with 0 Comment(s)
salamualaikum..

hello ? :D bertemu lagi kita di blog ini. aku menaip tidak lain tidak bukan, mesti nak meluahkan apa yang berlaku pada masa kini. HAHA tak kira lah, mengutuk ke, memuji ke, apa apa lahh yang aku rasa aku nak taip aku taip. so, untuk entry yang kali nih, aku nak menyatakan pendapat aku mengenai BERANI . dalam bahasa white people brani = brave. aku bukan nak bercakap mengenai besi berani iaitu magnet, tetapi aku nak cakap mengenai orang yang berani.

siapa golongan yang berani nih ? nanti aku bagi tahu. sebenarnya berani nih boleh dibahagikan dengan pelbagai aspek. antaranya ialah :-

1. berani dari segi aspek perasaan.
2. berani dari segi aspek fizikal (ini takut sikit)
3. berani dari segi aspek penegasan (pendirian)
4. berani dari segi aspek well aku pun tak tahu ada ker tak aspek mulot ? percakapan ?

haha itu lah di antara nya yang aku agak lah kan. tapi kan, perlu ker setiap manusia nih bersikap BERANI ? hoi ! mesti lah perlu dowhh ! ye lah kalau tak brani, macam mana kita nak hidup.. tak de pendirian lah.. haha kita mesti brani menyatakan apa yang salah, dan apa yang kita rasa betol kan ? aku pun ada jugak BERANI nya.. hah ? apa yang aku berani ? well kalau korang sentiasa menziarah blog aku nih, kau orang tak prasan ker aku slalu mengutuk orang ? mengutuk dari segi apa yang aku rasa betol lah kan ? hahaha itu dikira sebagai berani lah tuh.. berani menulis benda benda macam tuh..

wait a minute.. korang marah ker kat aku bila baca post yang lepas2 tuh ? hekhekhek . sorry laa cik kak, cik abang, cik adik semua.. bukan niat nak bagi orang marah, tetapi aku memang rasa gatal tangan nak taip benda tuh semua, so ? haha aku bukan nak melangsi langsi.. maaf yer. ini kerana aku TERlebih brani kowt ? HAHA ehh dalam perhubungan (pompuan-laki) pown ada KEBERANIAN di situ.. ye lah kalau korang korang tak brani, macam mana nak melamar awek korang tuh ? hahah kan kan ? tapi ada yang terlebih BERANI. sesuka hati dia jaa setiap kali jumpa anak dra lawa, trus mintak no. setiap kali jumpa mesti mintak no. hoi ! kau ingat semua anak dara kat MALAYSIA nih kau sorang ja nak conquer ? hak tuih ! hahaha

jangan buad kerja gila sangat lah. agak agak lah. kita kene brani BERTEMPAT dowh. ==" macam mat rempit.. brani tak bertempat.. mat rempit nih semua nya brani brani dowhh.. brani mati. kalau lah di kumpulkan mat rempit di seluruh MALAYSIA nih, dah boleh buad satu angkatan tentera brani mati, pastu kita hantar pegi bantu rakyat dan tentera LIBYA untuk melawan tentera penceroboh (US,PERANCIS, dan lain lain) ada jugak faedah nye kan ? boleh BERJIHAD ! brani mati untuk mempertahankan kedaulatan bangsa ISLAM.

so..akhir kata daripada aku, BERANI KAN LAH DIRI ANDA UNTUK MEMPERKATAKAN PENDAPAT atau MEMBERI KOMEN terhadap orang atau benda yang terjadi di sekeliling anda. tak payah risau, kita bukan nya menjaga tepi kain orang. kita hanya menyatakan pendapat kan ? sekurang kurang nya kita brani memperkatakan apa yang kita rasa BENAR. fikirkan lah :)

sorry kalau ada tersalah cakap. maaf maaf dan maaf. sekian, salamualaikum :D

kata2 untuk entry kali ini :-

Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Tentera perikatan Amerika Syarikat dan Eropah melancarkan tindakan ketenteraan — dinamakan operasi Odyssey Dawn — ke atas Libya semalam (tengah malam dan awal pagi ini, waktu Malaysia) untuk memaksa Muammar Gaddafi menghentikan serangan ke atas rakyatnya sendiri, sekali gus meninggalkan tampuk kepimpinan.

Kempen perikatan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq hampir lapan tahun lalu. Ekoran serangan itu, televisyen kerajaan Libya melaporkan negaranya “diceroboh musuh”. Pesawat-pesawat perang melepaskan serangan pertama dengan memusnahkan kereta kebal pasukan tentera kerajaan di Benghazi, sebelah timur Libya.


Selain Amerika Syarikat, perikatan Barat itu terdiri daripada Britain, Perancis, Kanada dan Itali. Beberapa jam kemudian (awal pagi ini waktu Malaysia), kapal perang dan kapal selam Britain dan Amerika Syarikat melancarkan lebih daripada 110 peluru berpandu ke atas pangkalan pertahanan udara di sekitar Tripoli - ibu negara Libya dan bandar raya Misrata di sebelah barat, yang dikuasai tentera Muammar.

Pentagon berkata operasi ini diadakan untuk menguatkuasakan resolusi PBB yang mengenakan zon larangan terbang dan apa jua pendekatan bagi menghentikan tindakan ketenteraan Muammar di negaranya ekoran kebangkitan rakyat yang berlarutan sejak sebulan lalu. Resolusi itu diluluskan tiga hari lalu. Malah serangan ini dilancarkan beberapa jam selepas perikatan itu dan negara Arab mengadakan mesyuarat khas di Paris semalam.

“Ini bukan hasil yang Amerika Syarikat atau mana-mana rakan kami mahukan,” kata Presiden Barack Obama yang sedang mengadakan lawatan ke Brazil.

“Kita tidak boleh berdiri begitu sahaja apabila seorang penzalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak ada belas kasihan,” kata beliau.

Tidak sampai dua jam selepas Obama mengeluarkan kenyataan itu, Muammar pula muncul di televisyen sambil merayu kepada negara-negar Arab dan Amerika Latin supaya “berdiri bersama rakyat Libya, menentang pencerobohan ini yang tidak akan membawa apa-apa kesan, sebaliknya menjadikan rakyat Libya lebih kuat dan bersatu.”

Di Washington, Laksamana Muda William E. Gortney berkata, peluru berpandu dilepaskan daripada beberapa kapal pemusnah Amerika Syarikat dan juga kapal-kapal selam serta satu daripada milik Britain. Katanya, serangan itu mengenai lebih daripada 20 lokasi tentera udara Libya sepanjang kawasan pantai Mediterranean dan sebelah barat.

Katanya, serangan ini hanya bahagian pertama siri kempen mereka dan lebih banyak serangan sudah dirancang. Kapal Amerika Syarikat yang terlibat termasuklah USS Barry, USS Stout, USS Providence, USS Scranton dan USS Florida manakala satu kapal selama Britain Westminster.-TMI

sumber dari : ! BUJANG SUSAH !

bagi pendapat aku, mereka (PBB) mnyatakan bahawa mereka ingin membantu rakyat libya tetapi kenapa mereka menyerang dan mengorbankan penduduk libya ? kata nak membantu kemanusiaan sedunia. terserlah kebengongan disitu kan ? tak payah lah nak bantu negara orang lain, jaga negara masing2 sudah lah weh ! nih korang CEROBOH NEGARA ISLAM ! sepatutnya OIC pon kene bersatu menyerang balik tindakkan tuh.. negara negara ISLAM perlu bersatu, kita serang balik. ini tidak. semua pengecut ! "jangan kita menyerang kaum lain jika tidak mempunyai sebab musabab yang betol, tetapi sebaliknya, kita perlu menyerang kaum lain apa bila mereka menyerang kita dahulu"

so ? what do you think ? Di mana kekuatan tentera Libya untuk mencegah pencerobohan tentera asing? sepatutnya negara yang kaya dengan minyak dapat membiayai angkatan tentera yang moden... Sepatutnya sekarang ni puak pemberontak dan kerajaan bergabung menentang serangan dari negara2 barat. sepatutnya rakyat dan kerajaan libya bersatu padu untuk menentang tentera penceroboh itu.

walau siapa pun mereka, walau bangsa lain, tapi mereka tetap SAUDARA kita ! SAUDARA seISLAM ! mari kita berdoa agar Allah membantu negara Islam untuk memusnahkan orang kafir laknatullah itu ! Allahuakhbar !

akhir kata daripada aku, maaf kalau aku ada tersalah cakap. aku pun manusia, melakukan kesilapan, aku ada terbaca sesuatu di blog BUJANG SUSAH. beliau berkata :-

"Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan."

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Assalamualaikum.
Mar 19, 2011 with 4 Comment(s)
erkkk erkkk actually, aku tak tahu apa nak di taip di dalam entry yang nih.. jap, aku nak memikior jap.. apa ye nak taip ? ermm..

okay lah, aku nak taip pasal mengambil gambar . eh ? kat FB tuh berlambak lambak gambar dkt FB masing kan ? tak cukup lagi dekat FB, dekat blog pun habis penuh korang letak gambar. haih tapi bukan ini yang aku nak memperkata kan, yang aku nak cakap malam nih ialah mengenai, PERLU KER OVER-POSING nih ?

takde lah, aku sembang nih macam aku tak penah berposing maut jer kan ? hahaha aku pon ada jugak posing2 maut nih, tapi aku rasa aku punya gambor relex2 jer HAHA tapi ada lah aku ternampak kan, kadang2 tuh benci menyampah nak termuntah pun ada jugak. aku tahu muka aku tak secantik dan sehensem korang2 sebab tuh aku posing relex jer. HAHA tapi korang, huiyooo ! kalau lawa dan hensem tuh takpe aku tak kesah, nih kepada yang "BAJET" lawa dan hensem nih ==" aduhh yaii. naseb baik aku tak bajet hensem. cuma comel tuh ada lah sikit. eh ? HAHAHAHA ! *okay aku tahu aku prasan T_____T

aku rasa tak perlu lah amek gambor macam2.. hahaha macam2 gaya ada... buad gaya tak tahu sudahh... macam gambor tuh TERtangkap :P haha baru style bro ! tak pown tangkap gambor sedang2 jer senyum sikit, buad muka ceria ka.. tak payah lah nak jelir2 lidah or apa2 HAHA lidah korang tuh bukan lidah ular. kalau lidah korang bercabang, baru boleh korang tunjukkan HAHAHA

aku bukan nak mngutuk, tapi INI KAN BLOG ! SUKA HATI GUA LAH ! HAHAHA tapi serius nih aku bgi cadangan better korang amek gambar simple2 sedang2 jer.. tak payah nak buad muka muka raksaksa tuh HAHA aku tahu korang GARANG dengan menonjolkan muka RAKSAKSA tuhh.. okay ? cer buad muka slumber badak jer macam gambar kat bawah nih :-

hah ! poyo tak ? poyo tak ? HAHA ehh tgk buku tuh,
WHAT IS LOVE . HAHAHA !

*ini jenis tak tgk camera HAHA. PEDULIKAN HALKUM AKU TUH ! =="

sebenar nya gambar nih di ambil oleh hanafi. HAHA buku tuh pulak bukan aku punya, itu hak milik syahrin. HAHA aku mencilok orang punya sahaja. dah dah abai kan gambar kat atas nih. so macam biasa lah kan ? sorry kepada korang korang yang terasa.. HAHAHA aku pun terasa jugak sebab aku ada jugak ambik gambor berposing maut nih.. hehe so chill jgn marah2.. elakkan ke-gedik-kan, tingkatkan ke-slumber-an HAHA salamualaikum~

kata2 untuk hari ini ialah :-

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."