"Buat masa sekarang, biarlah kita hanya berteman, dan status tu akan
bertukar dalam masa 2 atau 3 tahun lagi. In shaa Allah. Saya sendiri tak pasti
dengan apa yang saya buat ni, tapi saya rasa ini lah jalan yang teerbaik untuk
kita. Saya boleh jadi kawan baik juga teman buat awak macam dulu2, macam mula2
kita kenal. Macam apa yang ada dalam blog kita. Keputusan ni berat bagi saya
dan saya tahu berat jugak bagi awak. Tapi saya kuatkan hati, demi kebaikan
kita. Saya harap sangat awak faham. Saya juga nak mohon maaf atas segala apa
yang saya dah buat kat awak dari awal saya muncul dalam hidup awak hingga
sekarang, saya mohon maaf. Saya juga mohon awak halalkan segala yang pernah
awak bagi pada saya. Saya taktahu mana satu jodoh saya dulu, sama ada menjadi
yang halal dalam hidup awak atau ajal menjemput saya dulu. Saya harap sangat
apa yang kita sama-sama janjikan dulu, tercapai satu hari nanti. Saya mintak
maaf sangat-sangat. Sesungguhnya saya SAYANGKAN awak kerana Allah. Salurkan apa
yang awak rasa melalui doa dan saya akan tembak doa banyak2 untuk kita. Jaga diri juga hati awak, saya juga
akan lakukan perkara yang sama sehingga saya SAH buat awak. In shaa ALLAH"
this is what I found in my email. you send me an attachment with 3 pages and 1070 words. this is only some of those words. gigihkan awak menaip benda ni. saya tak tahu kenapa saya sebak bila baca. saya tak tahu kenapa saya rasa semua ni boleh jadi macam ni. saya tak tahu sama ada betul atau salah tindakkan kita. saya tak tahu sama ada awak masih ingat lagi ke apa yang awak pernah tulis ni. saya tak tahu awak masih pegang atau tak janji awak ni. saya tak tahu. and i dont know why.
terlalu banyak benda yang perlu difikirkan sampai satu tahap, rasa macam kosong. tak tahu apa nak pikir. tak faham dengan hati, tak faham dgn akal, tak faham dgn minda sendiri. saya tak tahu apa yang awak cuba lakukan. saya tak tahu keadaan awak. saya tak tahu kenapa hari hari saya rasa macam lost. lost sebab fikirkan manusia lebih penting daripada Tuhan gamaknya. astaghfirullahalazim. ujian. ini semua ujian. sedangkan kita cuba untuk berubah, Allah datangkan ujian kepada kita supaya kita sedar yang kita perlukan kebergantungan dekat Dia.
Alhamdulillah, 5 - 6 bulan. lima hingga enam bulan saya cuba bangun dari hati yang sedih, yang lemah, yang jatuh, yang hilang arah, yang hilang someone that really important in my life. you're my bestfriend. you're my only girls that I used to share my problem with you. only you. sejak arwah umi meninggal, saya banyak menyendeng dekat awak. saya banyak bergantung dkt awak dari segi macam hal. sehinggakan saya rasa saya tak boleh kehilangan awak. memang perit rasa dia. daripada berdiri, jatuh tersungkur, cuba untuk kumpul balik kekuatan selama 5-6 bulan, baru saya mampu berdiri, baru saya mampu berjalan, sambung kembali kehidupan saya seperti biasa. dalam masa 5-6 bulan tu lah berat saya turun 4 5 kilo. haha lawak kan ? dasyatnya seorang wanita mampu buat lelaki jadi macam ni. fuhh. cukup gila.
mungkin sekarang awak pun sudah pun move on. Alhamdulillah. semoga awak terus tabah dan menghadapi hari2 yang mendatang dengan sebaiknya. saya harap, awak tak pernah lupa akan janji awak, tembak doa. balas doa. saya sentiasa berdoa untuk awak, saya, dan kita. kalau ada jodoh, insyaAllah, kita bersua kembali.
We must realize that nothing happens without a purpose. Nothing.
Not even broken hearts. Not even pain. That broken heart and that pain are lessons and signs for us. They are warnings that something is wrong. They are warnings that we need to make a change. Just like the pain of being burned is what warns us to remove our hand from the fire, emotional pain warns us that we need to make an internal change. We need to detach. Pain is a form of forced detachment.
And pain is a pointer to our attachments. That which makes us cry, that which causes us the most pain is where our false attachments lie. And it is those things which we are attached to as we should only be attached to Allah which become barriers on our path to God. The pain creates condition in our life that we seek to change, and if there is anything about our condition that we don't like, there is a divine formula to change it. God says; "Verily never will God change the condition of a people until they change what is within themselves." (Qur'an, 13:11)
Yasmin Mogahed
: Kau tak rindu someone yang kau pernah cinta ? yang pernah kau sayang ? yang pernah kau letakkan pengharapan dan hati kau dekat dia ?
: *pejam mata & mengeluh* huhh~ tipulah kalau aku kata tak. bila kau dah letakkan pengharapan yang tinggi, sampai satu tahap kau lupa yang hidup ni bukan 100% kau yang pegang, bukan kau yang tentukan end up, kau dah hilang. hilangkan diri. sunyi. sepi tanpa berita. apa yang aku boleh buat ?
: Maybe kau kene contact dia balik ?
: Bilamana hati seseorang tuh dah hancur luhur, tak mungkin dia akan dapat memaafkan aku. mungkin bukan sekarang, mungkin next time maybe ?
: Kenapa kau pergi tinggalkan dia ? sedangkan kau tahu itu akan seksakan diri kau ?
: Aku bukan pergi tinggalkan. tapi aku pergi sebagai seorang kekasih, dan berharap still kekal sebagai seorang kawan baik. kerana aku dapat rasakan, lama kelamaan, 'kekasih' itu membawa kami ke arah yang salah. aku cuma nak jadikan 'bila tibanya masa kami, insyaAllah, aku halalkan' tapi at the end of the day... dia tak faham apa yang aku cuba lakukan. dan dia bawa diri, pergi, hilang, terus menghilangkan diri jauh daripada aku.
: Takpe, maybe sekarang sakit, sedih, tak gembira, hilang senyuman macam dulu. tapi mungkin esok lusa in the future insyaAllah your dua' come true ? just believe in Allah.
: Thats why aku keep on doa. itu je yang aku mampu lakukan. you know what, she is the most important girl in my life after arwah umi. semua rahsia dan perangai aku ada dalam poket dia. haha. may someday, I will still get her back. amin. hopefully.
they said : "jangan pernah hadir jika sekadar ingin berteduh,
aku bukan pondok buruk berteduh semasa hujan dan menghilang
apabila hujan berhenti."
I replied : "aku bukan pergi menghilangkan diri, aku hanya pergi
untuk mencari kayu dan alat-alat untuk bertukang. supaya bilamana
aku kembali nanti, aku akan baiki, dan jadikan pondok itu secantik mungkin,
kukuh, berdiri teguh, dan janganlah kamu risau. sampai masanya nanti,
aku akan tiba.
Its start in 2011.
Masa ni, aku form 5, spm. Masa ni arwah umi sakit teruk, ulang alik balik hospital, ulang alik balik kelantan, trying all possible way to cure that cancer. Doc cakap dekat abah and umi untuk buat operation. We are seat together, and abah said to us, umi ni dah sakit tenat, stage 3. Doc cakap there are left a few months or a year. Masa tuh aku terkejut. Aku tgk muka umi, mata umi yang lepas nangis kemerah merahan mula berair kembali. Aku duduk sebelah umi, aku gosok bahu umi and keep listening to abah. He said that there are need an operation, and dia tanya kan dekat umi.. macam mana ? aku tanyakan dekat abah, kalau operate, mmg confirm boleh sembuh ke ? abah jawab tak, doctor pun tak boleh bg rate untuk pulih. Ikot nasib, certain orang alhamdulillah sembuh, certain orang operate situ, naik tempat lain pulak. Semua keje Tuhan. lepas tuh kami berbincang, dan abah ambik keputusan "takpelah, kita buat istikharah dulu, kalau dapat jawapan nnti, kita follow the flow je, jalan yang Allah telah tetapkan".
after a few days or weeks i can't remember..
abah bincang dengan umi, diorg putuskan untuk tak operate. he said that, masa dia tengah duk berzikir lepas semayang, terlintas dalam hati dan pikiran dia, "Aku (Allah) dah ciptakan anggota badan tuh sempurna takda cacat cela pun, kau senang2 nak buang" abah pun tersentak, and cerita dekat umi, umi pun cakap, takpelah kita try berubat cara kampung je. mana tau ada rezeki kan ? and sejak itu, kami cuba lah apa yang mampu, beli ubat itu, beli ubat ini, balik kelantan berubat kampung apa semua, but still memang ketentuan Allah, benda tu tak sembuh. semakin hari semakin teruk. daripada boleh berjalan, tak boleh.. daripada umi berisi, sampai lah kurus, pucat, lesu, ulang alik balik hospital bubuh darah, sbb darah keluar banyak.. berpacket packet darah dimasukkan dalam badan umi. sbb x cukup darah, bnyk kali pengsan.. sejak itu aku ulang alik balik hospital jaga dia. abah bnyk kali cuti, pengetua sekolah pun dah faham dan bagi kelepasan dekat abah, aku pun bnyk kali cuti sbb takde orang nak jaga umi, im the only one that can take care of her. masa tuh abang aku tgh blajar lagi dekat penang. adik2 kecik lagi. but i dont care, i do it because i want to. i want to make umi feel comfort. feel happy, got someone take care of her.
dalam hospital dia slalu tidur, kekadang time makan, dia tak makan makanan hospital, dia kata tak jemu, dia suruh aku makan, dia makan roti, kekadang dia suruh aku gi beli something yang dia nak makan, aku gigih pergi cari. walaupun dia makan tak habis, but still i can give what she want. time sunyi2, aku main phone, aku baca paper, aku baca buku, tak pun aku sembang2 dengan dia bila dia tak tidur. she asked me "tak de yang berminat ke nurse2 kat sini ?" haha i aku gelak je dengar soalan tuh. ish umi ni. nurse muda2 memang comel2. boleh lah cuci mata jugak duk jaga umi ni. and she just said "ooo gelenyaa" hahaha sometimes, she asking me about husna. the only and the one she known that closed to me. she asked me about una's mother, adik bradik dia, ayah dia, well aku agak open dengan umi. smpai kan aku ajak una datang ziarah umi. and lepas una balik, i asked umi, "macam mana ? cantik tak dia?" umi jeling kat aku. hahaha and dia kata "boleh lahh, comey doh tuh, tapi kan bakpo napok macey tuo ?" hahaha aku gelak time tuh. aku ingat lagi, nampak tua sebab una datang pakai baju besar sikit masa tuh.. pastu bawak beg mcm mak mak orang. pakai tudung pun takde shawl2 ni. haha macam mak orang betul lah. thats why laa. aku ada tunjuk kat dia gambar una, and she said "comey2 ore rantau panje nih". and i feel like she likes una. dia ada nasihatkan aku, jaga2 jugak berkawan tuh, jangan buat bukan2. nnti dah berjaya suma, nok nikoh pung gi lah takda sape dah nak halang. study dulu skrang ni. and i was like *SMILING*
Bila mana SPM, aku tak brapa nak study pun. aku duk ulang alik balik hospital. study kat hospital. smpai nurse tanye "awak SPM ke skrg ni ? kesian awak kene duk kat hospital. takpe bnyk berkatnya jaga mak" aku just anggukkan je. tapi betul, janji Allah itu benar, hasilnya aku dapat jugak 5A spm. umi menangis and cakap dekat aku "alhamdulillah, umi mintak maaf bnyk susah kan mey, xleh nak study sgt, tapi dapat jugak keputusan gitu." abah pun senyum, and aku nmpak jugak mata dia merah. dia cakap kat aku "pegi ambik air sembahyang, semayang sunat, pastu sujud syukur" aku rasa masa tuh lah paling bahagia dapat gembirakan umi abah.
Penyakit umi semakin hari semakin teruk. umi dah mula tak boleh berjalan bnyk, kekadang abah yang angkat umi, pimpin umi pegi toilet semua, kami semua berusaha untuk bantu umi. masa tahun JUN 2012 pulak, aku kene meneruskan pelajaran. aku berat sebenarnya nak pegi sambung belajar. tapi abah kata kat aku, nak taknak kene pegi jugak. dan aku dapat offer ke Uniten dan MMU. pastu abah suruh aku pilih. aku pun cakap ikot abah lah. bila dah consider semua keperluan dan tempat2 semua abah kata better amek MMU kat melaka cost sara hidup pun ok semua, and aku just follow je. Masa nak datang register ke MMU ni, aku pegi sorang2 je. Abah umi tak dapat nak ikut. aku pegi bangi, tidur umah ayah cik, and ayah cik hantarkan aku pegi melaka. boleh bayang tak perasaan, tak pernah2 selama aku hidup aku berjauhan dengan family, and pegi tempat asing sorg2, berdikari, setup itu ini semua sendiri. kau pernah rasa tak perasaan bilamana seorang ibu dan ayah cakap dekat kau "umi dgn abah mintak maaf sebab tak dapat hantar pegi masuk University. jaga diri kat sana, apa2 nanti call je eh?" kau pernah rasa tak perasaan tu ? aku rasa mcm "ya Allah, bantu lah aku" itu je yang mampu aku cakap. sedih kan ? tapi aku kuat. aku cuba berdikari. pergi register sendiri. pergi cari hostel sendiri angkut beg kehulur kehilir. no hal. #brokuat
Selepas tuh, sebulan selepas aku masuk MMU, malam tuh, aku pergi masjid. lepas solat isyak. aku terasa macam tak sedap hati. tiba2 lepas je semayang isyak tuh, baru nak bangun, abang aku kol aku. ayat dia yang pertama dia tanya aku, "Mey, mung tahu doh ko?" nada terkejut bercampur sedih terketar suara. aku cakap tahu apa ? dia cakap "Umi dah takda, umi dah meninggal, baru tadi aku dapat berita. abah telepon" masa tuh terasa jantung macam gugur. aku terduduk, sambil telepon still duduk di telinga, tak tahu nak cakap apa, kelu lidah. kau orang tak pernah merasai lagi kot, dapat panggilan yang menyatakan "mak dah meninggal or ayah dah meninggal" aku rasa perasaan aku saat tuh tak dapat nak di gambarkan. sungguh aku cakap, there is no words to describe when you lost your mom. aku pun tersentak bila ada orang sentuh bahu aku, pastu aku bercakap balik dgn abang aku, aku tanya dia pastu macam mana sekarang ? kau balik macam mana ? aku nak balik macam mana semua.. lepas tamatkan panggilan tuh, aku duduk dalam masjid tuh, aku bersandar dekat dinding, smbil menangis, masa tuh ada mustaqim, dia tanya aku kenapa ? aku cakap mak aku dah takda. dia pun duduk dgn aku, dia cakap jum kita bacakan yasin ? dia hulurkan yasin kat aku. pastu kami baca berdua.. smbil menangis aku baca. dia gosok2 lutut aku. terima kasih bro, thanks alot. dia yang sabarkan aku. dia yang ada time tuh. roomate aku.
Bersambung . . . .
Semalam aku bermimpi.
Mimpikan sesuatu yang sangat menyedihkan.
Duka, Lara, Sakit, Pedih, Menyiksakan.
Aku berharap mimpi itu tidak menjadi realiti.
Aku berharap ianya semuanya mainan tidur.
Aku berharap tangisan aku dalam tidur itu tidak menjadi tangisan saat aku sedar.
Sungguh aku lemah.
Sungguh aku hilang kekuatan.
Aku berdoa agar hati ini cukup cekal.
Maafkan aku ya Allah.
Kuatkan aku.
Jangan aku hilang arah dek manusia yang aku sayang.
kerana aku lupa, Engkau yang menentukan sesuatu.
Kekalkan aku di jalan Mu.
Jangan biarkan aku sesat dek kerana 'Cinta'
**bangun dari tidur, lap air mata**
sungguh aku dapat merasai kesedihannya. seperti nyata berlaku.
melihat engkau pergi. pergi jauh dari hidup ini.
sedang kaki melangkah untuk mengejar,
meletakkan pengharapan tinggi,
namun akhirnya aku jatuh terduduk tertunduk.
semoga aku bisa bangkit kembali.
Kenapa ada derita
bila bahagia tercipta ?
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan ?
Kau ajarkan aku bahagia,
Kau ajarkan aku derita,
Kau tunjukkan aku bahagia,
Kau tunjukkan aku derita,
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita.
tapi aku tak berhenti berharap,
dan menunggu datang terang,
sampai nanti suatu saat,
pasti ada cinta ku dapat.
Aku masih percaya lagi
Akan guna matahari,
Yang dulu mampu terangi,
sudut gelap hati ini.
-permata yang hilang-
semua posting from the past few month talking about relationship, sadness, angriness, give up, a.nd so on.. semuanya pasal hati. aku tak tahu kenapa susah sangat nak control hati perasaan. kekadang aku terpikir, kenapa ye aku boleh buat semua ini ? kenapa aku harus jadi macam ni ? is it just about one girl that change everything in your life ? i didnt have the answer actually. im still looking up for an answer. betul ke aku dah move on from this damn feeling ? lagi aku cuba nak lupakan, lagi kuat dia datang menjengah ingatan. please lah luqman. aku benci hidup macam ni. please. takde ke cara lain supaya hidup seharian aku boleh lupakan semua benda2 hati ni ? anyone ? can tell me how.. how i gonna move from this shitty feeling ?
macam mana keadaan kau dekat sana yea ? adakah tersiksa macam aku ni ? ke aku sorang je yang rasa macam ni ? wehh please, macam mana aku nak berubah. haha like seriously, i have tried. i tried everything ! boleh tak dalam sehari, aku tak teringat pun pasal kau ! boleh tak dalam sehari aku tak stalk kau ! boleh tak dalam sehari ni aku tak akan nampak pun kau. boleh tak aku bawak hati ni pergi jauh.. jauhhh sangat2.. bagi lah balik. bagi lah balik hati aku macam masa aku kecik2 dulu.
aku ada terbaca status someone :
kadang-kadang kita terpaksa lepaskan ianya pergi..
walaupun ianya sangat bermakna..
kadang-kadang kita perlu tunduk pada keadaan (takdir)..
kerana itu pilihan yang terbaik..
kadang-kadang kita terpaksa menipu diri sendiri..
kerana hanya itu pilihan yang ada..
tapi percayalah diri..
pasti ada perkara yang lebih baik menanti..
mengalah bukan bermakna kalah.
and then aku ada terbaca quotes ni dekat twitter :
They said when you love a flower,
you leave it there to blossom,
instead of plucking it away.
Love is loving,
Not having.
sudah lah. penat lah doh.
goodnight. dah 2 malam tak tdo.
jumaat, 22/4/2016.
sepatutnya kelas habis pukul 4.30. tapi tadi tak tahu kenapa, lecturer habiskan dalam masa sejam je. dia ada hal lah kot. so balik, duduk termenung, tak tahu nak buat apa. and suddenly, i was just thinking why not i draw something ? so aku sedia kan barang2. kertas, pensil, pemadam, tisu, pemadam halus dan gambar. so aku pikirlah, gambar apa yang aku nak amek, nak dilukis.. ermmm.scroll punya scroll terjumpa gambar dia. tetibe aku double click gambar tuh, dah usha.. termenung, tenung lama2. pastu hati rasa macam, why not kau lukis gambar ni balik ? aku pun ikot kan je, aku gi print gambar tuh, aku letak kat depan, pastu lukis.
it takes 2 hours. tetibe asar, and then cecepat gi siap nak smyg apa sume. lepas tu sambung balik. masa dah separuh lukis tuh,aku tetibe cakap, kenapa eh aku lukis gambar ni ? bukan dulu aku dah lukis ke ? and kenapa aku nak buat untuk kali ke dua ? yang 1st dulu tuh dah jadi lawa dah. aku pun mcm stop kejap. rehat. sambil termenung. suddenly rasa macam, i think.. i miss her. ohh no. wait. no ! no ! i wont miss her. who is she ? bukan kau dah tawar hati sangat2 ke dengan dia? kau marah kat dia, kau rasa nak mengamuk apa sume pasal dia, kau tak leh tido, tak lalu makan sume, jadi macam orang bodoh, semuanya sebab dia kan ? than kau dah boleh sikit2 slow down move on, and now, kenapa kau nak kene rindu dia balik? dia tak akan pernah pun ingat kat kau. hahaha. apa lah nasib dapat hati yang susah nak dengar cakap akal fikiran ni. aku pun terikut lah hati tuh.
lepas tu, termenung punya termenung, aku ckp dah alang2 lukis ni, why not habiskan terus je. so aku sambung buat lukisan tuh, smpai lah siap. pastu aku tenung lukisan tuh, cantik jugak. walaupun 2nd times slalunya orang kata x akan perfect like the 1st one. same with 1st love. kaitan pulakkan 1st love. hahaha shes not my 1st, but shes the best, the longer one, senang cerita shes my last lah. haha but maybe not now. but i still praying, still hoping that shes is the one. insyaAllah. walaupun dia dah tak bercakap dengan aku. dia dah jauh sangat dengan aku, dia dah berubah. dia dah takde perasaan kat aku, dia dah taknak aku, dia dah benci aku, aku tetap akan cuba untuk bg semua tu kembali macam dulu. kalau bukan jodoh aku, nak buat mcm mana kan. but im happy. thanks to Allah, He made us knowing each other, makes me happy for 7 years of friendship. orang kata jangan disebabkan sedikit keburukkan, lupa akan semua kebaikkan. padahal kebaikkan lagi banyak daripada keburukan tu. huhu.
aku dah boleh senyum like i do. aku dah boleh hidup macam biasa. walaupun tak sepenuhnya, but i keep walking, until i feel like ok aku dah boleh berlari dah ni untuk move on menerima takdir Ilahi. redho is more important. aku sedang mencari keredhoan hati terhadap apa yang tuhan dah tentukan. keep hoping, never stop praying. yeahh. Alhamdulillah.
aku just nak pesan, "kalau kau baca entry ni, aku nak mintak maaf dekat kau sebab banyak buat salah dan silap dgn kau. aku still lagi belajar nak control hati aku, ego aku, baran aku, nafsu aku, smpai lah satu tahap aku boleh balance kan kesemuanya. maaf sangat2. kau jangan risau, aku dah tak marah kau, aku dah tak sakit hati dengan kau, aku dah tak bencikan kau, aku dah maafkan segala salah silap kau, aku dah lupakan segala benda2 buruk yang buat kan aku sakit apa semua tuh, aku cuma mampu bagitau kat sini je, sebab aku rasa, aku still tak kuat untuk contact kau, hadap kau, aku tak brani lagi kot ? its not ego. just aku rasa, kau pun perlukan masa kau, aku taknak kacau2 kau. aku dah lupakan dah janji2 kau janji2 kita dulu2 tuh, semalam aku baca conversation dekat IM chat smpai 2013 punya conversation. punya lah gigih aku pegi baca semua benda alah tuh. terasa mcm "aduhhai kau takde keje lain ke?" haha so aku rasa aku dah 0-0 dah dengan kau. aku tak tahu lah bagi pihak kau pulak mcm mana. aku harap kau dapat hidup elok. ingat sume pesanan2 aku dedulu tuh, yang aku duk memarah dulu tuh, jangan ingat yang marah tuh, ambik point2 yang penting dalam kemarahan tu je. haha aku harap kau berjaya dalam hidup kau, kau boleh teruskan hidup kau dengan sempurna, jaga diri kau bebaik, jaga aurat, jaga makan biar pau sekilo pun takpe, janji tak sakit perut/gastrik. jangan buat keje2 berat, jaga tangan kau yang dah secondhand dah tu. jaga semua lah senang cerita panjang pulak nak menaip. aku harap ada lagi masa untuk kita gelak2 macam dulu, kongsi2 cerita nasihat antara satu sama lain. thanks for everything. keep praying if you still want us back like before with a 'license' hehe."
all the mole in your face that i cant forget it. sorry. haha you are beautiful like always. from 2009 until now, and forever. insyaAllah.
-Permata Yang Hilang-
It's not about you are not 'redho' with something, it's not about you still hanging around with false hope, it's about what your heart want to and you can't let it go just like that. It's not easy like 1 2 3 to forget all those memories, moments, history that we created. It's hard to say what actually I feel, I can't thinking a proper words to describe what actually that I wanna tell you.
I pray to Allah, I asked Him :
"Oh Allah, how can I forget everything that makes me feel sad and hurt, I can't be like this all the time"
He replied :
"Allah will not test a person beyond his scope (strength) " [Al-Baqarah ; 286]
"And the life of this world is nothing but play and amusement" [Al An'am ; 32]
"Do not grieve, indeed Allah is with us" [At-Tawbah ; 40]
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kekadang nak gelak jugak dekat diri sendiri. macam mana lah boleh kau jadi macam ni. macam mana lah kau boleh end up macam ni serupa orang takde soul. mayat hidup ? zombie ? ada jasad takde soul. haha kekadang ada jugak timbul pemikiran bodoh bisikkan syaitan nirojim ni, katanya "tuh lahh, kenapa ambil serious sangat dengan sesuatu hal tuh, tak yah serious2, main2 cukup. enjoy this life" celakanya syaitan. haha dah kenapa gila ! aku serious sebab aku memang aku serious. memang aku ada matlamat. memang aku dah ada tujuan kenapa aku serious. tapi ye lah, kita merancang, slagi tak mengikut apa yang tertulis tuh, tak jadi jugak kan. try and error. thats life. abah kata hidup ni kene tgk konsep "syariah dan hakikat" yes. aku dah paham benda tuh. sikit, sikit nak terima kenyataan. sikit demi sedikit untuk berkata "Oh Allah, thank you ! Thank you very much for do this to me. Alhamdulillah" I hope I can say that right know. tapi tuh lah, manusia kan, tak pernahnya nak bersyukur dengan sesuatu yang dia tak nampak akan kebaikkan ke atas dirinya. sedangkan Allah dah tahu akan apa yang bakal terjadi di masa hadapan.
tapi aku just nak cakap, memang pengharapan aku tak akan hilang. mungkin Allah taknak bagi aku lost hope lagi dekat kau. or mungkin, in the future Allah datangkan kau balik mana tahu kan. sebab tuh aku tak pernah pun lupa untuk berdoa dan letakkan nama tu dalam doa aku. aku tak mengharapkan kau datang melutut or mintak maaf dekat aku pun. tah lah, aku pun tak pasti apa sebenarnya yang aku nak. hahahaha aku dah macam lost balance decision making aku. haha tapi yang pasninya sekarang ni, aku still lagi tengah mencuba untuk berjalan slow2 walaupun kaki sakit. still belajar. still berdoa.and keep hoping. may Allah give whats the best for me. thanks for those memories, moment, history. bro sedih sikit. tapi bro kuat. huhu
p/s : tah macam mana aku boleh scroll up balik converstion dalam facebook tuh smpai tahun 2013 hahahahaha aku mcm what the heckkk. banyak kot. senyum, sedih, semua bercampur. fishh.
p/s : boleh dah kot slow2 buang yang daisy ni : 
Bismillah..
astaghfirullahalazim..
tarik nafas..
hembus..
aku cukup terasa hati dengan perangai manusia. aku cuba untuk bersabar. lama aku sabar. tapi semakin hari semakin aku terasa sabar aku tu semakin diuji. bilamana sampai satu tahap, kau dilayan betul betul macam sampah, saat tuh yang terpendam selama ini terkeluar tanpa disedari. aku mintak maaf awal2. tapi kau memang melampau.
kau ingat aku ni haiwan ?
memang dah lama aku tahu sebenarnya. saja aku diamkan diri. aku tahu yang post aku dulu ada yang kau hidekan di timeline kau. gambar lukisan yang aku lukiskan untuk kau. kau hidekan. aku tau. aku bukak fb kau. aku tgk semuanya. aku tahu. cuma aku diamkan je. tapi sampai bila kau nak bodohkan aku mcm tuh ? aku bukannya budak kecil yang baru nak belajar berjalan mengenal apa itu dunia.
sampai hati kau buat macam ni kan ? mungkin kau fikir kau saja ada hati. aku ni macam sampah takda hati perut limpa jantung sebagainya. sebab tuh kau buat sesedap rasa kau. kau layan aku macam binatang memohon ihsan manusia meminta belas kasihan meminta makanan dek kerana lapar. ye, memang aku lapar. aku laparkan kemaafan mu. aku laparkan bicaraan mu. aku laparkan kembalinya hubungan persahabatan seperti dahulu kala. tapi bila mana manusia sudah tidak ada sifat ihsan, jiwa penuh dengan kebencian, mengikut hati yang kononnya duka nestapa dek perbuatan aku entah apa apa yang bagaikan kau beranggapan aku telah mati dalam dunia mu. mungkin kau memang nakkan aku tidak wujud lagi dalam dunia mu.
takpa. aku akan pergi. pergi jauh dari dunia mu. sudah lah hati. sudah lah kau mencari orang yang sudah bencikan dikau. yang sudah buangkan engkau mcm sampah yang kotor lagi hina. sehina hina hidupan dia membuat hidupmu sebegitu rupa. takpa. akal, bawak lah hati ini pergi merantau sehingga engkau balik dengan kejayaan kehidupanmu sendiri smpai satu masa engkau akan merasakan apa sebenarnya yang Tuhan ingin berikan kepada kau.
mungkin aku tidak sempurna di mata mu. mungkin aku hina di matamu smpaikan kedatanganku menagih akan sesuatu tidak di tolak tapi di campak, di humban, di lempar jauh.. aku pergi mengutip kembali sisa hati yang telah engkau campakkan itu. tak berharga. itu yang aku boleh gambarkan. cukup mudah untuk manusia mencincang lumat. cukup mudah untuk manusia melupakan segalanya. cukup mudah manusia menipu. tersedarlah aku dari kebodohan. tersedarlah aku dari kegilaan.
tersedarlah aku dari lamunan. namun harus kau ingat, sejahat jahat aku, manusia ini lah yang selalu untuk mu. manusia ini lah yang selalu mengharapkan kejayaan diri mu. manusia ini lah yang berusaha untuk membantu kerja2 mu. manusia ini lah yang mendengar rintihan mu. manusia ini lah yang dulunya kau puja. manusia ini lah yang dulunya kau sayang. manusia ini lah yang dulunya membangkitkan semangat mu saat engkau jatuh. manusia inilah yang dulunya meredah kesejukkan malam, hujan dingin menyapa badan untuk datang memberi kekuatan kepada mu saat engkau berasa lemah. memang banyak kejahatan daripada kebaikan yang aku buat kepada mu. memang aku manusia pendosa. tetapi pendosa aku, aku tak pernah melayan manusia lain seperti haiwan jalanan yang disepak bila didekati untuk meminta secubit kasih. kau kejam.
aku berharap hidup engkau bahagia hendakNya. aku berharap engkau dapat apa yang engkau mahu kan. aku berharap engkau berjaya.
aku akan pergi. pergi jauh dari hidup mu.
selamanya.
jika kau baca penulisan aku tentang dirimu buat kali terakhir ini, aku ingin mengucapkan, terima kasih atas segalanya. tak perlu datang melutut meminta maaf. sampai masa hati ini pulih, insyaAllah akan aku maafkan dikau. akhir kata.. halalkan apa yang diberi. haramkan apa yang engkau inginkan. jikalau itu yang dapat puaskan hati mu.
salamualaikum sahabat. engkau pernah menjadi sebahagian dari hidup aku. aku telah dibuang. terima kasih buat segalanya.. aku harap ini tangisan yang terakhir buat mu.
may Allah bless.
Aprilfool ! takdelah. itu semua agenda jahiliyah. ada apa dengan 1 april ?
It's my birthday dude. 1st April is my born dayy !
Aku teringat abah cerita, masa aku lahir, masa tu pagi jumaat. pukul brapa tak ingat. tapi pagi. 3 4 5 pagi kot. 1 haribulan 4 tahun 1994. bukan senang nak dapat hari dan tarikh yang sama dengan hari kita dilahirkan. Alhamdulillah, 2016 genap umur aku 22 tahun. Dah tua? maybe. menunggu mati. Mati itu pasti. jodoh tak tahu kemana lagi.
Selama 22 tahun aku hidup. aku go through kehidupan ni, lagi lama aku hidup, aku dapat rasakan lagi hati mudah menjadi lemah. Seingat aku, masa kecik2 dulu, hati aku sado. biar kene marah dengan abah pun, kene tengking dengan abah pun, kene rotan ke, aku tak simpan dalam hati, haha. nangis kejap terus okay. tapi bila dah besar ni, mudah terasa hati. bukan dengan abah, tapi dengan orang lain. maybe selama ni aku tak pernah bukak hati aku jadikan hati aku lembut untuk orang lain demi menjaga orang lain. tapi bila dah lama lama, orang tuh dah takde, hati ni tetap sebegitu. tak berubah ke bentuk asal macam mula2 dulu. haih. kenapa payah ya Allah ? kenapa aku lemah sangat.. kenapa aku tak kuat untuk tempuh semua ni.. tak boleh ke aku hidup seorang diri selama lamanya tanpa ada pautan hati dan perasaan terhadap insan lain.. entah lah..
Sampai satu masa, aku ckp dekat hati aku, lantak kau lah. aku malas nak layan kau. sebab aku ikut engkau lah dulu sekarang aku jadi macam ni. sebab engkau lah aku sengsara. sebab kau lah ! betul cakap orang, ikut hati, mati. tapi aku tak mati lagi, hidup perlu diteruskan. aku bagaikan orang yang baru lepas terlentang baring, dan cuba untuk bangun teraba-raba mencari jalan untuk bangun, dan meneruskan langkah. terima kasih manusia. engkau ajarkan aku untuk berdikari. engkau ajarkan aku untuk berusaha. engkau ajarkan untuk berpegang kepada Allah, bukan kepada engkau. terima kasih. tapi hati aku masih lagi menyatakan, engkau kejam. engkau ambil hati aku, engkau lembutkan dia. engkau belai dia penuh dengan kasih sayang. engkau lemahkan dia selemah lemahnya, dan sampai suatu masa, engkau ambil, dan engkau campak di atas jalanan. tinggalkan begitu sahaja tanpa sepatah kata untuk dia terus mencari kembali kekuatan yang telah hilang dulu. sungguh, kejamnya. tapi aku kutip kembali hati aku yang engkau buang tu, aku cuba apa yang termampu. menangis? entah kali ke berapa.. umpama orang bodoh merenung dinding kosong.
Terima kasih kawan. akan aku cuba membawa kembali kekuatan hati ini. biar siksanya aku sorang yang rasa. biar sakitnya didalam sahaja kelihatan. biarkan aku. sedikit demi sedikit akan aku bawa dan mencari dimana nya terbang kekuatan dulu. aku rindu saat aku kecik. tiada perasaan. tiada kesakitan. maaf andai kata kata ku ini menyakiti hati mu. Hati aku lebih sakit. terseret kulit di atas jalanan yang panas membahang. parutnya takkan hilang seumur hidup. tapi aku sudah memaafkan mu. cukup aku nyatakan aku maafkan diri mu. jangan di tanya keikhlasan. aku masih terasa. maafkan aku, ingin aku undurkan diri.
Selamat hari jadi kepada aku. Semoga aku boleh hidup lama untuk mengenal kembali erti kebahagiaan hidup. Happy birthday muhammad luqman bin zulkifli 1.4.1994 until now.
#nomorehappinessonBirthday
Kau tahu, sudah sebulan rasanya diri ini tidak terasa gembira.
Kau tahu, sudah sebulan rasanya hati ini tidak keruan.
Kau tahu, sudah sebulan rasanya jiwa ini terasa sesak didada.
tidak tahu nak kemana dan bagaimana untuk keluar daripada rasa yang tidak menyenangkan ini. bermacam macam aku buat, aku cuba, untuk lari. lari daripada realiti ini. tetap gelap. tetap tertutup. tiada jalan yang aku nampak. sampai satu tahap, aku berhenti berjalan. dan duduk tertunduk menahan diri untuk tidak tersungkur. mungkin aku perlu berhenti mencari jalan untuk lari daripada realiti, dan perlu menghadapi realiti yang sebenarnya bahawasanya hidup aku ni perlu berubah. ubah dari segalanya. mungkin berbezanya diri ini tak seperti dulu dek kerana semua ini.
'ha ha ha ha' di media sosial tidak menandakan bahawa aku sedang bergelak ketawa. tidak menandakan bahawa aku gembira. tidak menandakan aku sudah 'okay' jangan percaya media sosial. itu semua bohong. yang terpahat di hati masih terasa. tidak terdaya untuk senyum. tidak terdaya untuk gembira. aku tak tahu kenapa.. kenapa susah sangat diri ini untuk bergerak dan menghadapi realiti. pahit ya Allah. sungguh sakit dan menyiksakan. aku tak salahkan Allah atas apa yang berlaku. aku tahu ini ujianNya. aku tahu Dia sayangkan aku. oleh itu Dia curahkan ujian ini untuk aku tempuhi. Dia tidak akan bagi jika aku tak mampu.
Dulunya, Allah datangkan seorang perempuan dalam hidup aku. dia menjaga aku dari kecik sampai besar. dia memberi kehidupan yang cukup gembira kepada kami sekeluarga. aku sangat gembira. dan suatu masa, Allah datangkan lagi seorang perempuan dalam hidup aku, yang aku anggap perempuan kedua terpenting dalam hidup aku. dan aku tidak lama selepas itu, Allah tarik balik pemberianNya yang pertama itu. tinggallah yang kedua. itu lah hikmahnya mungkin. masih ada tempat lagi untuk berkongsi cerita hati. tetapi selepas itu, sekali lagi Dia pisahkan aku dengan yang kedua pula. dan saat itu aku terfikir, sekarang bagaimana ? macam mana dengan hati aku ? mana tempat aku yang bersandar selama ini berkongsi masalah hati. berkongsi masalah hidup. meringankan beban. peneman saat gembira saat duka. peneman yang memberi semangat untuk teruskan hidup menuju masa depan.
dan selepas itu, aku tertunduk, terduduk. dan terfikir. Maafkan aku ya Allah. aku bersandar kepada makhluk Mu sedangkan Engkau yang maha berkuasa dan aku lupa untuk bersandar hati kepada Mu.bahawasanya hati ini milik Mu. diri ini milik Mu. semua alam ini milik Mu. sungguhpun Engkau menjadikan manusia itu berbilang bilang kaum, berjantina, dan saling memerlukan antara satu sama lain, tetapi saatnya Engkau tarik orang yang aku perlukan tu, bersandarlah kepada Mu kembali. itu yang terbaik.
akan aku cuba ya Allah. bantu daku. bimbing daku. aku makhluk yang lemah lagi tak berkuasa. aku lelaki yang keras di luaran, lembut di dalam. aku mula menangis kerana manusia. aku mohon Engkau balikkan lah perasaan aku ini untuk menangis kerana Mu. aku sudah penat menangis untuk manusia yang tidak pernah mengerti akan apa itu erti MENGHARGAI. sudah lah aku berusaha untuk manusia lain. bimbing aku untuk berusaha ke arah Mu. janganlah Engkau bukakan hati aku ini terhadap manusia yang bakal menghancurkan balik kesetiaan aku, keikhlasan aku, dan kepercayaan aku.
biarkan aku terus begini,
lambat laun, langit yang gelap akan ditembusi cahaya.
Siapa tahu, lelaki itu yang sentiasa tersenyum riang di
khalayak ramai. Namun, kadangkala dia menangis ketika bersendirian. Kelihatan
sentiasa bersemangat. Namun, hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu.
Kelihatan sangat kuat. Namun, hakikatnya dia lemah dan hanya memberikan
senyuman palsu untuk menceriakan dirinya.
Siapa tahu, lelaki itu yang sentiasa mempunyai masalahnya
sendiri. Namun, dalam masa yang sama dia masih boleh menyelesaikan masalah
orang lain, sedangkan diri gadis itu masih punyai masalah yang jauh lebih besar
yang belum selesai.
Lelaki itu juga sentiasa menyakinkan orang lain. Namun,
hakikatnya dia yang sedang mencari keyakinan dan kekuatan dalam diri sendiri. Lelaki
itu sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan menggembirakan hati orang lain
walau hatinya sering sakit. Sentiasa menjaga hati manusia lain walau hakikatnya
dia sering pendam rasa.
Lelaki itu masih lagi mampu mengukir senyuman.
Sering lelaki itu mengadu masalah nya pada sang Pencipta,
namun tekanan sekeliling membuatkan lelaki itu menangis tanpa sedar.
Lelaki itu memerlukan insan untuk mengadu, Namun, lelaki itu
terus menyimpan perasaan itu sehingga dipendam di dalam dasar hatinya sendiri.
Pendam sehingga terpadam.
Terang itu tidak bererti selamanya terang. Terkadang sepi
dan gelap juga akan tetap menghantui kita. Sepi itu datang bukannya sendiri.
Hakikatnya, sepi itu datang dengan berjuta pengharapan dari Tuhan. Tuhan minta
kita sujud mengenangkanNya. Tuhan minta kita sentiasa ingat padaNya, melebihi
ingatan kita pada makhlukNya yang lain.
Hanya Allah yang setia mendengar. kerana sesungguhnya Dia
adalah sebaik baik Pendengar. Allah tempat lelaki itu berlindung dan berharap.
sambil baring aku meletakkan lengan diatas dahi dan memejamkan mata. aku terfikir.. kenapa aku terlalu berharapsedangkan tiada confirmation daripada dia lagi? kenapa aku bangun pagi, siapkan segala pakaian aku siap dengan kemeja yang digosok dan disangkut. kenapa aku boleh bertindak sedemikian rupa ? dan pengakhirannya, penantian yang menyakitkan. aku sendiri pun tak tahu kenapa. kenapa aku buat ini semua hanya kerana dia berkata pada hari sabtu lepas bahawa dia ingin berjumpa aku pada hari ini.
adakah salah aku untuk terlalu menanti dan berharap agar aku dapat berjumpa dengannya ? entah lah. fikiran aku kosong. tak terkata cuma hati yang berasa sangat susah nak bernafas. tak tergambar melalui kata kata. kenapa.. kenapa.. dan kenapa..
aku sedih. ingin saja aku mengeluarkan apa yang terbuku di hati, tapi apakan daya. aku bukan siapa siapa. aku pujuk hati ku sendiri. biarlah. biarlah semua ini berlalu. smpai masa kau kembali kepada asal. kalau tidak. bawa lah diri. lari daripada dunia kesedihan mu ini.
Dikutipku bila sudi,
Di bila tidak, dibiar mati
Dan lebih menyakitkan,
Ku tetap tunggu di tepi jalan.
Terhimpunkan pelbagai pengajaran
Menjadi dewasa memandang kehidupan
Dan sekarang, aku belajarkan
Antara dua sisi pilihan;
Melupakan dan menjadikan kenangan
Aku memilih untuk melupakan
Kerana ternyata menyimpan kenangan
Jauh lebih menyakitkan
Yang akan selalu mengingatkan
Pada sesuatu yang menjadi harapan
Aku membenarkan katamu teman;
Ujian perasaan yang diberikan Tuhan
Akan selalu menuntut pengorbanan
Tuhan,
Moga tahun ke hadapannya
Setiap tulisan sedih akan berakhir
Aku menyimpan harapan kisah gembira
Selepas ini akan sentiasa hadir
Ketika satu persatu mereka pergi
Aku belajar mana yang lebih mengerti
kalaulah aku kuat untuk melupakan. kalaulah aku tabah untuk melupakan. kalaulah aku boleh untuk melupakan. ingin aku melupakan segalanya yang dipendam sakit, diluah pahit. betul kata Addin. Perasaan itu sebuah ujian yang diberikan Tuhan. yang kadangkala mendatangkan senyuman dan ada kalanya mendatangkan kesedihan. kalaulah setiap tulisan sedih ini akan berakhir dan dapat dilupakan begitu sahaja. sudah banyak aku merasakan saat kehilangan dalam kehidupan ini tetapi semua itu tidak menjadikan hati aku lebih kuat. bilamana ianya berulang kembali, pasti sakit yang mendatang.
Ya Allah, tabahkanlah hati ini, kuatkanlah hati ini, hilangkanlah kesedihan ini. aku hamba-Mu yang lemah lagi tak terdaya.
aku terfikir, bernilaikah segala pengorbanan, wang ringgit, masa usia, tenaga dan segala yang aku korbankan selama ini hanya untuk seorang gadis yang kadangkala membuat diri ini marah, kecewa, sedih, is it worth it ?
kadangkala, hati sendiri berkata: "biarlah, biarlah,dan terus biar" biar diri dan hati ini disakiti, dikecewakan, dilemahkan, biar. tapi sampai bila mahu biar ? sampai bila mahu bersabar ? sampai bila mahu jadikan diri ini sebagai tunggul bodoh yang hanya terpacak tak dipedulikan dan disisihkan. sampai bila..
kadangkala aku kejam. memang kejam. bila marah, lidah umpama mata pedang. setiap butir kata umpama cebisan kaca yang mampu menghiris hatinya. tetapi cukup kejamkah aku jika nak dibandingkan dengan apa yang aku usahakan untuk bertahan sampai ke hari ini ? Zainuddin dalam cerita 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' pernah berkata kepada bekas kekasihnya, Hayati : "ini lah perempuan, dia hanya nampak kekejaman orang lain terhadap dirinya walaupun kecil, tetapi dia tidak nampak akan kekejaman dirinya sendiri terhadap orang lain walaupun kekejaman itu amat besar"
hidup ini bukanlah untuk mencari kesalahan, dan mengukur sebesar mana kekejaman orang lain. tetapi manusia itu pada hakikatnya memang lemah. bilamana seorang wanita yang memberikan harapan terhadap seorang lelaki dan si lelaki memegang pengharapan tinggi kepuncak langit, tetapi suatu masa wanita itu menjatuhkan dia, lantas lelaki itu tidak mampu berdiri jatuh terduduk dan menunduk sehingga air yang mengalir di pipi jatuh ke bumi.
lelaki. manusia yang kuat fizikalnya, tetapi mampu dikalahkan oleh seorang wanita. kelakar. tapi itulah hakikatnya. janganlah engkau berTuhankan wanita, lambat laun, mereka akan mampu menjatuhkan engkau. yakinlah kepada Tuhan yang sebenar benarnya Tuhan Yang Maha Berkuasa. Pasti jodoh itu datang dengan sendirinya. yakin lah. yakin lah. yakin lah.
cukuplah engkau menyiksa diri mu. cukuplah engkau menyiksa batin mu. cukuplah untuk semuanya yang telah engkau lakukan. mungkin ini yang terakhir. tahun ini. aku tidak pasti untuk mengira mahupun tidak 7 Febuari. adakah tarikh ini masih bermakna buat mu. atau ianya hanyalah tinggalan peristiwa semata mata. mungkin ini lah pengakhiran penceritaan kehidupan sebagai seorang pencinta yang menyayangi seorang wanita dan mengorbankan segala apa yang termampu. mungkin setakat ini.
ada jodoh, tertemu jua.
-luahan hati yang sedang berduka.
076: Anugerah
Orang tanya,
anugerah apa paling indah untuk aku.
Jawapannya kau.
Kerana manusia paling banyak kekurangannya macam aku ni,
Ada juga seorang manusia yang sudi menerima tanpa soal.
Terima kasih Tuhan untuk dia,
hadiah Kau ini harganya tidak berharga.
071: Terima Kasih
Terima kasih terima baik buruknya aku.
Terima kasihkerana melengkapi aku.
Terima kasih kerana diam apabila marahnya aku.
Terima kasih kerana sabar apabila gelojohnya aku.
Dan terima kasih kerana Terima dan Kasih.
Aku sayang kau, masih.
069: Redha
Redha itu ,
Tidak dicapai dengan kata,
Tapi dicapai dengan hati, fikiran dan imannya.
Redha itu bila Allah tarik orang yang kau paling sayang.
kau masih tersenyum dan senang.
Bukan kerana kau kejam,
tapi kerana kau tahu dia ditempat yang lebih baik
Dan dosa-dosanya terhenti setakat matinya.
Allah itu adil dan bijaksana.
Dia mahu kau belajar dan faham,
hidup ini bukan selamanya.
Dan kau hamba dan hanya Dia Tuhan untuk segalanya.
-Reinkarnasi : Faiz Ibrahim
Aku pernah bercerita/bersembang dengan abah tentang perkara2 yang berlaku di muka bumi ini. Dia katakan kepada aku "Setiap benda, perkara yang berlaku di atas muka bumi ini, tidak kira seburuk mana pun di mata kita, atau sebaik mana di mata kita, semuanya ada hikmah, sebab musabab dan kebaikkan di setiap perkara tu" dan ye, aku yakin dgn kata2 abah tuh. Mana mungkin seseorang itu boleh duduk dan masuk di kelas hadapan jika dia tidak menempuh peperiksaan/ujian. Sama jugak hidup, ujian sentiasa ada untuk menilai ditahap mana keadaan kita.
Abah kata "Redho dan sabar itu mudah dibibir, payah dihati" bukan senang nak redho, bukan senang nak sabar. Tapi tidak mustahil kau boleh melakukannya. Mana mungkin Allah uji hambaNya melangkau kemampuan diri mereka sendiri. Put your trust in Allah, then you will success in your life.
Hidup memerlukan teman. Itu lumrah. Dan sebaik baik peneman, ialah orang yang mampu bersama disaat kau jatuh tersungkur, membantu diri mu, papah dibahu, merangkak untuk berdiri kembali. Cari lah, cari lah peneman yang mampu membuat dirimu tersenyum tatkala kau sedang dilanda kesedihan. Cari lah peneman yang mampu membuat dirimu tenang tatkala kau kekusutan. Cari lah peneman yang mampu sama2 duduk, sama2 berdiri. Cuma satu sahaja nasihat, jangan tersalah memilih teman, pengakhirannya dia yang akan menolak mu untuk jatuh tersungkur.
terima kasih peneman ku. may Allah bless you.
Sekali lagi, aku jatuh, terduduk.
Menunduk dan memandang ke hadapan. Kosong.
Dulu aku pernah terasa sebegini.
Perasaan ini sudah lama aku lupakan.
Tetapi ia datang menjengah kembali.
Buat ke sekian kalinya, aku terjatuh.
Hilang ego seorang lelaki.
Hilang perasaan lumrah kehidupan.
Hilang emosi seorang manusia.
Hilang nilai air yang menitis mengalir di pipi.
Aku terasa bagaikan hanyut dibawa arus kehidupan,
Yang mengalir membawa entah kemana.
Aku terasa pandanganku kosong,
Tidak ada nilai pada setiap yang terlihat.
Aku terasa bagai hilang deria dalam diri,
Tidak lapar, tidak suka, tidak sedih, tidak marah.
Di saat ini,
Allah datangkan sesuatu buat diriku.
092 : Jatuh
Hati aku parah.
Mata aku bernanah.
Harapan aku punah.
Aku tersungkur lagi kali ini.
Moga Allah bantu aku bangkit semula.
Kerana Dia tahu apa yang aku mampu tanggung,
dan takat mana aku mampu bangun.
093 : Sedih
Malam ini aku rasa sunyi tanpa sebab.
Tiada bunyi.
Tiada rasa.
Hatiku denyutnya sendirian.
Seolah hati ini bagai tin kosong,
yang luas jisimnya, tapi kurang isinya.
Aku bingung apa erti rasa ini.
Mungkin Allah beri aku ruang sendiri dan waktu,
untuk aku lebih kenal siapa aku dalam aku.
019 : Penerimaan
Aku tersedar, cara utama untuk teruskan hidup adalah terima.
Aku terima perpisahan aku.
Aku terima dengan hati terbuka.
Aku percaya dengan ketentuan Allah.
Aku banyak lihat diri aku semula.
Mungkin dia bukan milik aku.
Untuk sekarang.
Atau selamanya.
Dan aku percaya satu hal, Allah ada perancangan yang lebih baik.
Aku tersedar lagi dan lagi, Itu akibatnya kalau kau sayang manusia,
Melebihi kau sayang Pencipta.
Itu Akibatnya.
Cinta tanpa tujuan yang betul, itu bukan cinta.
Itu suka.
Dan suka itu jahat dan nakal.
Suka boleh buat kau semakin jauh dengan tuhan.
Ramai yang keliru, antara suka dan cinta.
Dan sedapkan hati dengan mengatakan itu cinta,
apabila manusia mula mempersoalkannya.
Bila kau terlampau takut kehilangan orang yang kau paling sayang,
itu peluang untuk syaitan campur tangan.
Kau kena tahu kepakaran syaitan, dia boleh kacau hati kau.
Dan hati yang kacau, buat kau nampak tiada bezanya dengan dia.
Semoga Allah sentiasa bersama kita. Jaga hati kita. Jaga diri kita. Maaf atas segala salah dan silap yang aku telah lakukan. Maaf atas semua dosa yang aku ciptakan. Maaf atas tingkah dan lakuku yang membuatkan diri hanyut. Terima kasih atas segala nikmat, pengajaran, dan pemberian kepada diri aku selama ini. Aku harap semua ini tak berhenti disini. aku memberi pengharapan. moga ianya bukan harapan palsu. Terima kasih untuk segalanya, terima kasih mengajar aku erti seorang pemuda yang mencari kebahagiaan diri.
**puisi italic dipetik daripada buku Reinkarnasi - Faiz Ibrahim
Assalamulaikum. Bismillahirahmanirahim.
Manusia itu pendosa. Manusia itu ada kalanya baik, dan ada kalanya jahat. Bila manusia itu menjadi jahat ? Bilamana dia merasakan dirinya menjadi baik. Bila manusia itu menjadi baik? Bilamana dia tersedar daripada lautan kejatan yang telah dilakukan. Manusia itu 'complicated'. Ada kalanya dia gembira, ada kalanya sedih, ada kalanya marah dan pelbagai emosi. Semua manusia ada emosi, tapi kalau someone tuh rasakan dirinya tak beremosi tu tandanya dah monopouse kot. Haha.
001 : Bukan Malaikat, bukan Syaitan
Aku mulakankata kali ini,
dengan buat satu klarifikasi.
Aku bukanlah malaikat,
yang suci sehingga mangkat.
Dan,
aku jugatidaklah serakus syaitan,
yang pilih haram sebagai ikatan.
Jadi jangan menilai aku dengan pelbagai makna,
kerana penilaian terlayak tetap di atas sana.
Jadi baca, hayati dan rasa.
Jangan baca mengkhinzir buta.
Kerana itu kosong.
Dan segala perkataan mula kelihatan bohong.
-REINKARNASI : Faiz Ibrahim
Aku juga manusia, pernah dengar lagu amir jahari ? cuba kau hayati lirik lagu dia. okay lah aku copy paste kat bawah ni, baca, fahami, dan hayati sambil2 tuh nyanyi ahh skali baru asyikkk. haha.
Ku termenung seorang diri,
Ku menangis disebalik sepi,
Ku mencari cebisan memori,
yang ku namakan misteri.
Ku tertawa mendengarnya,
Ku mengerti aku siapa,
Ku tak peduli sebenarnya,
apa yang kau ada..
Jangan kau menilai dari rupa,
Kerna semuanya milik Dia,
Hati ini akan ku jaga,
Kerna ku hanya manusia biasa.
Aku suka kata2 yang diluahkan oleh Taraji P. Henson, dia kata "Every human walks around with a certain kind of sadness. They may not wear it on their sleeves, but it's there if you look deep." Aku banyak lukakan hati manusia lain. Lidah aku dah banyak buat orang menangis. Perkataan yang aku luahkan kadang kala buat kan orang tuh terasa sampai tak boleh nak maafkan aku, dan dia takut nak bercakap dengan aku. Walaupun aku berkata perkara yang aku pikirkan benar, bukan salah aku, tapi benda tu tetap aku yang dipersalahkan dan aku yang meminta maaf kembali. Tetapi kata maaf tu tidak diterima sampai ke dalam hati. Hanya dibaca, dan dibalas endah tak endah. Betul kata orang, meminta maaf itu mudah, nak memaafkan itu sukar. Kenapa jadi macam ni ? Mungkin pemikiran dan hatinya masih belum cukup matang untuk melihat sesuatu perkara itu tak perlu dipanjangkan smpai ke masa yang lama, atau mungkin memang keputusan itu diambil supaya bertujuan untuk mengajar aku ? Entah lah. aku pun tak tahu.
Ada orang katakan kepada aku, "lelaki ini kuat egonya, turunkan ego, pergi minta maaf kepadanya." dan aku turuti nasihat dia. tapi bila aku minta maaf, apa yang aku dapat ? adakah perkara itu kembali seperti sediakala ? tak. bukan senang. aku tahu bukan senang nak memaafkan orang. tetapi aku tak kesah. aku tak endah semua itu. yang pasti aku punya tugasan untuk meminta maaf dah selesai. Dan aku cuba untuk pulihkan keadaan. Aku buat seperti mana yang pernah aku buat dahulu. Bagi tahu nak pergi kesana, kesini. Tapi apa yang aku dapat ? hanyalah jawapan "ok" atau pun tak terbalas langsung. haha read and ignore. or delete it, throw it away. Nak cakap aku sedih pun ada, nak cakap aku nak marah pun aku rasa macam whats the point dude? so, keputusan yang aku ambil, berdiam diri. mungkin berdiam diri ini lebih baik dan kita biarkan masa yang tentukan.
Satu tahap, aku rasakan, kenapa aku mcm ni ? haha. sadlife all the time. rasa macam orang bodoh yang tak tahu nak buat apa, rasa kosong. tak semua yang kita nak, kita dapat. kadang2 Allah bagi benda yang kita rasa tak terpikir pun, tapi kita akan menggunakannya suatu masa kelak. Aku banyakkan baca buku2 atau phrases yang boleh memotivasikan jiwa aku ni. Dan pengakhiran konklusi yang aku dapat, "Biarlah Allah tentukan segalanya, kau ada Tuhan, Tuhan jaga kau, Dia dah aturkan segalanya. Kalau ada rezeki,ada jodoh, ada lah. Kalau tak, takdalah. Terima jelah seadanya"
Dan yang akhir skali, perkataan SABAR aku tempekkan atas dahi supaya aku ingat. Dunia ni perlukan kesabaran. Manusia sekeliling kau tuh Allah boleh jadikan mereka sebagai ujian buat kau. betul tuh. sebab tuh kunci untuk menghadapi ujian ni, SABAR. Manusia itu sombong, bongkak,dan ego. Bilamana dah hilang didepan mata, baru ingin dan minta kembali. Bilamana dia datang, kau lagi sekali tidak hiraukan dia dek kerana kesilapannya yang terdahulu. Sudahlah, aku pun mengerti rasa penatnya menunggu, penatnya bersabar, penatnya memaksa diri untuk gembira. Jangan terlampau fikirkan diri kau, hati kau sendiri sampai kau abaikan hati manusia lain yang ingin mengembalikan atau memulihkan keadaan. Sampai suatu masa, kau akan terasa rugi, kau akan rasakan.
Orang kata, carilah seseorang yang telah kehilangan ahli keluarganya,
nescaya dia akan faham akan erti kehilangan,
dan dia akan hargai diri kau.
Betul barangkali,
Aku sudah kehilangan umi,
Dan aku dapat merasakan apa itu rasa kehilangan,
Sebahagian daripada hidup itu telah hilang,
Tetapi rasa itu sudah lama dapat aku bendung.
Dan sekarang, mungkin rasa itu akan menjengah kembali dalam kehidupan aku.
Takpa, aku sudah ada pengalaman,
Mungkin kehilangan orang yang berbeza,
tetapi ianya tetap sama, satu perkataan,
KEHILANGAN.
Semoga hidup senantiasa dirahmati, dan diberkati. Mohon lah kepada Tuhanmu saat engkau jatuh, dan berterima kasih lah kepada Tuhanmu saat engkau bangkit kembali. Baca dengan hati dan emosi, engkau akan nampak maksud disebalik penulisan ini. sekian.
Assalamualaikum.
Test test 1 2 3.. ehem. haha lama sungguh aku tinggalkan blog ni. bukan stakat sarang lelabah, dengan tikus lipas semua dah beranak pinak 2 keturunan dah kot. Last update 23 ogos 2014 yang aku post pasal Janganlah kita lupa, siapakah kita. Okay, sekarang jari aku kembali menari di atas keyboard untuk meluahkan perasaan, menyatakan pendapat dan memberi kata-kata yang dapat memotivasikan diri sendiri dan orang yang membaca (kalau ada org baca lah kan) haha ok continue..
Sekarang ni musim jerebu bro, habis hilang pandangan tak nampak mana pegi jodoh ehhhhh. hahaha #kemaincikabang okay tak, gurau. Memang sekarang musim jerebu teruk di Melaka pun agak teruk lah sebab tuh gua duduk dalam bilik je. keluar beli makanan je tak pegi jejalan, tak pegi memana. So adik-adik yang dapat cuti sekolah tuh sila duduk di rumah, jangan gatal2 pegi keluar dating dan sebagainya okay abang pun masa zaman sekolah dulu takda dating2 ni ehhhh.. hahaha
Enough about haze, sekarang masuk dalam penulisan serious. Sebenarnya aku tengah tak brapa nak ada mood sejak dua menjak tiga menjak ni. Tak tahu lah kenapa. Nak kata period, abang still lelaki tulin. hahaha bodoh. tak tak.. maybe sebab ada someone lah kot yang buat rasa macam ni. Penah tak korang rasa, dalam 24 jam tuh, buat apa pun, serba serbi tak kena. penah rasa tak ? erm yang tulah yang aku tengah rasa sekarang ni. mandi pun 2 kali je sehari tapi basah lah mandi tu. makan pun sekali je sehari. tu pun kalau rasa nak makan. tambahan pulak sekarang musim cuti sem untuk student MMU, so aku duduk kat umah sewa Melaka ni macam org bodoh lah, duk bilik sesorang diorg sume balik. Aku nak jugak balik, tapi disebabkan aku ada appointment dengan doctor fisio, pakar tulang, sport, dan lain2... so serba salah aku nak balik. gap seminggu seminggu setiap appointment tuh. haihh. so mereput lah kita kat sini sesorang. Dah alang2 gua sebut pasal appointment doctor ni, nak ceghita lah sikit keadaan kaki aku ni haa. Alhamdulillah, aku boleh jalan macam biasa walaupun aku rasa tak normal, tapi org lain tgk aku jalan normal tu dha kira syukur lah kan. Kaki aku ni ada 2 ligament problem. satu di panggil PCL - Posterior Cruciate Ligament dan satu lagi dipanggil ACL - Anterior Cruciate Ligament. PCL ni berada di bahagian belakang tulang lutut atau di bahagian pelipat lutut yang ni lah yang putus habis buat kan kaki aku boleh gerak blakang dan ke depan. hahaha macam sotong. tapi dia tak sakit. sbb doctor cakap PCL ni dah tahap 3, putus habis so benda tu tak attach dah kat aku punya saraf. takde lah rasa sakit. ACL ni pulak ligament kat belah kanan lutut yang ni kata nya tak putus habis, tapi still ada longgar. Nak tahu lebih lanjut aku kene tunggu laporan MRI yang aku dah buat rabu lepas nanti 4 november jumpapakar tulang tgk keadaan laporan tu mcm mana. Kata doc, nak taknak memang aku kene buat operation. Wallahualam, kita tunggu je nnti okay ?
Itu serba sedikit pasal diri aku ni lah yang sekarang ni. Dah lama tak menaip ni, panjang pulak berkarangannya, salah amek bidang aku ni. patut amek bahasa. bukan nya IT. haha takpe orang rumah dah amek bidang bahasajadi cikgu bahasa melayu nanti ehhhhhhhhhh. okay nexttt.. hahaha aku nak cakap sikit pasal buku yang aku baru beli seminggu yang lepas bertajuk REINKARNASI - Faiz Ibrahim. Buku ni ditulis melalui puisi dan catatan peribadi kehidupan beliau dan apa yang dilihat di persekitaran dia lah. Bagi aku buku ni sangat best, banyak kata2 yang dapat membuka mata aku, bagi aku serba sedikit apa yang betul apa yang salah dalam dunia ni. Dari kategori percintaan sehingga lah kehidupan keluarga. Maybe aku tak dapat sharekan kesemua isi isi yang terdapat dalam buku ni, insyaAllah kalau aku ada masa, dari masa ke semasa aku akan share kat korang semua apa yang aku rasa kata2 yang best yang terdapat dalam buku ni. So aku rasa smpai sini je lah kot buat masa ini, akhir kata,aku nak share petikan puisi 104 : Cintabat.
104 : Cintabat
Cintabat.
Asalnya dari sahabat.
Kerana terlampau menjaga,
mula wujud rasa cinta.
Mula wujud perasaan ingin bersama.
Hati manusia itu kau tidak boleh tahan.
Jika kelakuan dia kerap menjaga,
hati sekeras batu pun akan mula merasa.
Ingat.
Kau tidak sekeras yang kau sangka.
p/s : kau dan aku dulu pun bersahabat. Berkawan rapat. Cukup erat. Walaupun status kita sekarang berbeza, tidak bolehkah engkau beranggapan aku ini adalah sahabat? aku ini adalah peneman? dan aku ini jugalah seorang kekasihmu?
|